Inkues: Arwah Zara pernah jalani 2 sesi kaunseling susulan aduan pelajar lain – Saksi ke-48

KOTA KINABALU – Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah mengikuti dua sesi kaunseling kelompok sebelum kejadian, menurut keterangan saksi ke-48, Miswati Lundu yang merupakan Guru Unit Bimbingan & Kaunseling yang juga warden asrama SMKA Tun Datu Mustapha.

Menurut kenyataan media pasukan guaman ibu Zara, saksi berkata kedua-dua sesi kaunseling itu yang berlangsung pada 5 Mac  dan 14 Mac 2025 yang diadakan selepas menerima aduan dan persepsi negatif pelajar lain terhadap Zara, bukan atas aduan daripada Zara sendiri atau keluarganya.

Jelasnya, dalam sesi pertama, saksi dimaklumkan mengenai dakwaan bahawa seorang pelajar ‘lupa kawan’ selepas rapat dengan Zara, namun penjelasan kedua-dua pihak menunjukkan ia hanya salah faham.

“Pada sesi kedua pula, seorang pelajar mendakwa melihat perlakuan tidak senonoh melibatkan Zara dan seorang pelajar lain.

“Namun selepas semua pelajar terlibat memberikan penjelasan, saksi mendapati dakwaan itu hanyalah gurauan dan bersifat persepsi,” menurut kenyataan pasukan guaman ibu Zara di sini pada Rabu.

Kenyataan bersama pasukan guaman ibu Zara itu diketuai Shahlan Jufri; Rizwandean M Borhan; Mohd Syarulnizam Mohd Salleh; Mohd Luqman Syazwan Zabidi; Farrah Nasser dan Elhanan James.

“Saksi memberitahu kepada Hakim Koroner, dalam kedua-dua sesi, nasihat kaunseling diberikan kepada semua pelajar berkaitan pemahaman diri, pengurusan emosi dan penyelesaian konflik secara matang.

“Satu ‘One Page Report’ bertarikh 14 Mac 2025 turut disediakan.

“Saksi turut memaklumkan bahwa selain dua sesi itu, tiada sebarang aduan mengenai buli atau tekanan melibatkan Zara pernah diterimanya,” jelas pasukan guaman.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera