Kerajaan sedia bentang RUU reformasi institusi bermula awal tahun hadapan

KERAJAAN bersiap sedia membentangkan empat rang undang-undang (RUU) berkaitan reformasi institusi di Parlimen bermula awal tahun hadapan, selepas semua draf terbabit termasuk RUU Ombudsman, kebebasan maklumat (FoI), pendanaan politik dan pengasingan peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya melalui proses libat urus yang sedang dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut merancang membentangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memperkukuh aspek perlindungan serta penyediaan insentif kepada pemberi maklumat.

“Menteri berkenaan telah membentangkan keputusan dasar untuk diluluskan Jemaah Menteri, iaitu Ombudsman, FoI, pendanaan politik dan pengagihan kuasa Peguam Negara serta Pendakwa Raya.

“Keempat-empat RUU ini sedang melalui proses libat urus, antaranya dengan Parlimen, Majlis Peguam dan pihak-pihak berkepentingan lain, sebelum dimuktamadkan.

“Ada yang dijangka dibentangkan awal tahun, manakala sebahagiannya pertengahan tahun,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta penjelasan mengenai perkembangan reformasi institusi perundangan melalui penggubalan RUU tersebut bagi menyokong usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Sementara itu, Anwar berkata pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028 dipantau secara berterusan, dengan beberapa cadangan penambahbaikan sedang dipertimbangkan.

Antara cadangan tersebut ialah pemberian insentif cukai kepada badan atau organisasi yang melaksanakan program antirasuah secara berkesan dan menyeluruh, selain penetapan elaun kepada saksi yang tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini, terdapat kejayaan yang bermakna. Contohnya, pencapaian badan-badan penguatkuasaan dari segi kerangka besar antirasuah, ketirisan, penyeludupan dan kartel, kita berjaya mengumpul RM15.5 bilion untuk kantung negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai perkembangan pelaksanaan NACS dalam mengukuhkan lima strategi teras berkaitan tadbir urus dan usaha membanteras rasuah secara tegas tanpa pilih kasih.

Sejak dilancarkan pada 7 Mei 2024, Anwar memaklumkan bahawa sebanyak 23 substrategi di bawah NACS telah berjaya dilaksanakan oleh 12 kementerian dan agensi, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan lima substrategi diselesaikan pada tahun 2024 dan baki 18 lagi sehingga November tahun ini.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM