Calon PH ‘tidak cukup Sabah’ tuduhan tidak relevan, hanya permainan politik sempit pihak lawan

KOTA KINABALU – Dakwaan bahawa calon Pakatan Harapan (PH) ‘tidak cukup Sabah’ adalah satu tohmahan politik yang tidak berasas serta cubaan mengapi-apikan sentimen kenegerian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, isu tersebut sengaja diwujudkan pihak tertentu walaupun semua calon PH di Sabah merupakan anak jati negeri itu dan mempunyai latar belakang selain hadir daripada akar yang sama seperti calon parti lain.

“Ada pihak cuba memainkan sentimen kenegerian, seolah-olah kita tidak cukup Sabah. Sebenarnya itu bukan satu isu yang benar, ia merupakan dakwaan palsu kerana kami adalah, parti kebangsaan, parti nasional. Di semua negeri kita calon, ada cabang dan organisasi.

“Fakta sebenarnya semua calon kita adalah anak tempatan Sabah. Wakil kita tak kurang Sabahnya daripada calon-calon parti lain,” katanya pada sidang bersama calon PH bagi DUN Api-Api, Thonny Chee, pada Isnin.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Lih Kang menegaskan, PKR dan PH sentiasa menghormati autonomi Sabah dan Sarawak, malah struktur parti itu sendiri memberi kuasa penuh kepada kepimpinan negeri dalam hal ehwal tempatan.

Beliau menyeru agar pengundi tidak terpengaruh dengan sentimen sempit yang hanya bertujuan memecah-belahkan rakyat, sebaliknya menilai calon berdasarkan integriti, komitmen dan rekod perkhidmatan.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, dalam PKR dan juga PH, memang ada kuasa autonomi untuk Sabah dan Sarawak. Sebab itu isu sentimen kenegerian tidak timbul. Selama ini memang begitu. Cuma ada pihak yang cuba mainkan sentimen demi kepentingan politik,” katanya.

Sementara itu, Thonny memaklumkan, dakwaan itu tidak berasas dan tidak seharusya dimainkan pihak lawan kerana semua pihak berada dalam satu negara dengan hak dan tanggungjawab yang sama.

“Kena fikirlah sebenarnya tuduhan itu tidak seharusnya dimainkan. Kita ini dalam satu negara rumpun. Apabila kita berbahasa itu, kenalah jaga tertib seperti bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan