Bahasa bukan isu, komuniti Cina DUN Api-Api fasih bahasa Melayu dan Inggeris

KOTA KINABALU – Isu lemah dalam berbahasa Cina bagi calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee yang dimainkan pihak lawan mempamerkan sikap tidak matang dalam berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 sehingga memperlekehkan kemampuan komuniti tersebut dalam berkomunikasi.

Thonny berpandangan, persoalan bahasa tidak sepatutnya dijadikan ukuran kepada keupayaan seseorang wakil rakyat, apatah lagi dalam konteks masyarakat majmuk di Sabah yang telah lama berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa.

Beliau menjelaskan isu itu tidak sepatutnya dijadikan pertikaian dan senjata politik berikutan majoriti masyarakat Cina di kawasan Api-Api fasih dalam berbahasa Malaysia dan Inggeris.

“Soal dalam memperjuangkan sesebuah organisasi ataupun masyarakat itu dalam soal bahasa tidak terbatas. Komuniti Cina, khususnya di kawasan Api-Api semuanya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Saya boleh gunakan dua bahasa ini untuk berkomunikasi dengan mereka.

“Justeru, orang yang cuba menggunakan isu ini sebenarnya melihat komuniti Cina itu tidak bijak mungkin dia punya fikiran. Sedangkan kedua bahasa itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu di dalam komuniti Cina terutamanya di Sabah ini semua fasih,” katanya kepada media selepas melakukan walkabout di sekitar Kampung Air, pada Isnin.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution; Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Thonny menjelaskan bahawa beliau kini sedang mempelajari bahasa Mandarin dan Hakka sebagai usaha menambah kemahiran komunikasi, namun mengakui kadangkala penggunaan bahasa ibunda masyarakat Cina boleh menimbulkan kekeliruan disebabkan perbezaan nada dan sebutan.

“Saya sedang belajar kuat ini, sebelah saya ada guru ini (Lih Kang). Saya boleh faham cuma kadang-kadang membalas itu, lebih baik gunakan bahasa Melayu daripada membalas dengan terbalik bahasa (Cina). Nanti takut dia memberi maksud berbeza.

“Bahasa Cina ini dia ada antonasi berbebeza-beza, perkataan sebutan sama namun intonasi itu diubah sikit jadi lain maksud dia. Sehubungan itu, daripada saya gantung diri saya cakap bahasa Cina, lebih baik saya cakap guna bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang mana mereka pun faham,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan pihanya ketika ini ialah menyampaikan mesej dan berkempen kepada semua penduduk Petagas tanpa mengira bahasa atau latar belakang.

“Dalam pasukan kempen, pengurus saya sendiri orang Cina dan pengarah saya ialah orang Melayu. Kita tidak boleh diskaun (lantikan pelbagai kaum dalam pasukan) di DUN Api-Api.

“Majoritinya Chinese, kira-kira 45 peratus daripada jumlah pengundi. Tetapi selebihnya juga besar dan merangkumi pelbagai kaum. di DUN Api-Api,  Kita tidak boleh ketepikan dan pinggirkan sesiapa sahaja,” katanya.

Related Posts

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

KELMARIN, rakyat Kedah khususnya peminat sukan permotoran dikejutkan dengan berita seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pecah amanah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Empat Undang menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang difailkan bagi memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berkaitan penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz