Pernah gagal, tapi akhirnya rangkul Anugerah Sultan Ahmad Shah

KUANTAN – Kegagalan dirasai sebelum ini memberi semangat kepada gadis berusia 23 tahun yang menerima Anugerah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Siti Nur Khalidah Rosli mengakui terkejut apabila dipilih sebagai penerima pengiktirafan tertinggi itu memandangkan ramai rakan lain juga memperoleh pencapaian cemerlang.

“Saya memang tidak sangka terpilih untuk dapat anugerah ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Konvensyen itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar.

Seramai 583 pelajar diraikan pada majlis konvensyen itu, yang dihadiri Naib Canselor UniPSAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal, para pensyarah dan ibu bapa.

Beliau yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dengan Kepimpinan Pengajaran memberitahu, perjalanan menjadi guru Bahasa Inggeris bukanlah mudah kerana pernah dua kali gagal temu duga untuk menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru.

Jelasnya, pengalaman itu mendorong dirinya untuk menumpukan usaha sepenuhnya dalam akademik dan kepimpinan sepanjang pengajian di universiti.

“Dalam ucapan tadi, saya kata, saya di sini bukan sebab cemerlang, tetapi kerana pernah melalui kegagalan sebelum ini.

“Itu yang membuatkan saya lebih kuat untuk mencapai impian menjadi guru Bahasa Inggeris,” katanya yang kini menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjong, Batu Pahat.

Siti Nur Khalidah yang kini melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Open University Malaysia berkata, sepanjang pengajian di UniPSAS dia mencatat rekod akademik cemerlang termasuk Anugerah Dekan bagi setiap semester dan Purata Nilai Gred Keseluruhan 3.92.

Anak kedua daripada tiga beradik itu turut memperoleh Purata Nilai Gred Semester 4.00 untuk empat semester berturut-turut.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan