Kastam Sibu rampas 8.33 juta rokok, arak bernilai RM6.32 juta

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menegaskan komitmennya membanteras penyeludupan hasil negara selepas berjaya merampas 8,330,000 batang rokok dan 190.08 liter minuman keras pelbagai jenama yang tidak berkastam dalam satu operasi pada bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, rampasan besar itu dilakukan oleh Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sibu hasil maklumat daripada Pusat Perisikan Zon Sarawak sebelum pasukan penguat kuasa menjalankan serbuan di sebuah rumah kediaman di kawasan Brooke Drive pada 10 Oktober lalu.

“Pemeriksaan ke atas premis tersebut menemui sejumlah besar rokok dan arak yang disyaki merupakan barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,326,508.01, yang merangkumi nilai barangan serta anggaran cukai dan duti yang cuba dielakkan.

“Daripada jumlah itu, rokok tidak berkastam mencatat nilai terbesar iaitu RM749,700 dengan anggaran cukai RM5,572,770 manakala minuman keras bernilai RM1,140.48 dengan anggaran cukai RM2,897.53,” katanya ketika sidang media Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak pada Isnin.

Norizan berkata, modus operandi sindiket yang menggunakan rumah kediaman sebagai lokasi penyimpanan menunjukkan taktik penyeludupan semakin berani dan tersusun namun tindakan pantas hasil risikan berjaya menumpaskan cubaan mengelakkan cukai dalam jumlah besar. 

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang, atau antara RM100,000 hingga RM500,000, mana-mana yang lebih tinggi, atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Beliau turut menegaskan JKDM Sarawak akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan melalui risikan, pemantauan berterusan, dan kerjasama strategik dengan agensi keselamatan lain bagi mengekang kemasukan barang tidak berkastam ke pasaran tempatan.

Dalam pada itu, JKDM menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok, arak, mercun, dadah, kenderaan serta barangan larangan lain melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran.

Pihak kastam turut memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

Related Posts

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an