Kerajaan Persekutuan kini lebih jelas hormati hak 40 peratus Sabah – Armizan

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan keyakinan bahawa pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah kini berada pada landasan lebih kukuh susulan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Armizan berkata, perbezaan paling ketara antara pentadbiran sekarang dan kerajaan-kerajaan terdahulu ialah kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengiktiraf serta melaksanakan tuntutan tersebut secara berperlembagaan mengikut Perkara 112C dan 112D.

“Saya cukup optimis sebab kita kena ingat, penilaian Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang dijawab di Parlimen menyatakan hak 40 peratus ini telah terhenti berkuat kuasa. Itu jawapan rasmi ketika itu.

“Di luar mereka sebut menghormati, tetapi in practice, di Parlimen jawapan rasminya mengatakan ia terhenti berkuat kuasa sebab itu tiada sebarang semakan dibuat sebelum ini,” jelasnya semasa sidang media manifesto GRS di SICC pada Isnin.

Menurut Armizan, perubahan pendirian ini jelas selepas mesyuarat Jemaah Menteri dan pengumuman rasmi Perdana Menteri di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu bahagian keputusan mahkamah yang mengiktiraf pelaksanaan hak tersebut.

“Maksudnya, 40 peratus hasil Sabah yang terkandung dalam Perkara 112C(1A) akan dijadikan asas menentukan jumlah geran khas Sabah setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata komitmen itu turut diperkuatkan menerusi pembentukan platform khusus (dedicated platform) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Kalau dulu ia dirundingkan bersama 20 lebih perkara lain dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, kali ini ada satu platform khusus. Dan hari ini, Isnin, mesyuarat pertama di peringkat pegawai telah berlangsung.

“Kita mahu platform ini diteruskan bukan hanya untuk selesaikan isu sekarang, tetapi juga untuk semakan setiap lima tahun,” tambah beliau.

Armizan berkata semakan berkala itu perlu dibuat sesuai dengan proses yang telah ditetapkan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Saya optimis kita akan dapat bukan lagi kadar interim, tetapi kadar sebenar berdasarkan hak perlembagaan Sabah,” katanya.

Related Posts

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

PENEGASAN Perdana Menteri supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat sebagai sebahagian daripada naratif nasional perlu dilihat sebagai peluang untuk menilai semula kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18