Rumah sewa musnah akibat kebakaran di Kampung Tabuan Cemerlang

KUCHING – Kebakaran yang melibatkan rumah sewa enam pintu musnah sepenuhnya sekitar 9 pagi di Kampung Tabuan Cemerlang, Jalan Setia Raja.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada 9.03 pagi.

Selain itu, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah sewa enam pintu jenis struktur tidak kekal yang berkeluasan 100 kaki x 40 kaki persegi.

Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak berlaku sebarang kehilangan nyawa.

Kerja-kerja pemadaman dilaksanakan oleh BBP Tabuan Jaya, BBP Padungan dengan menggunakan satu aliran 1200 kaki, dua nozel dan menggunakan sumber air dari water tanker.

“Kebakaran berjaya dikawal dan pasukan pemadam berjaya menyelamatkan empat buah rumah berhampiran daripada api yang merebak,” ujarnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9.27 pagi seterusnya tindakan ‘overhaul’ dijalankan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16