Tekad angkat suara anak muda, Pusat Rekreasi Belia Merotai antara agenda Ruji

KALABAKAN – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi tekad mengangkat suara anak muda dengan merealisasikan Pusat Rekreasi Belia Merotai sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, beliau optimis keperluan genda itu boleh dijayakan untuk manfaat masyarakat dalam tempoh lima tahun berkenaan.

“Sekiranya saya diberi peluang dalam tempoh lima tahun, kita cuba usahakan sebab orang Tawau (Kalabakan) ini sangat aktif dan di Tawau ada kompleks sukan untuk beriadah atau taman-taman perumahan berdekatan.

“Tapi belia di Merotai antaranya Kijang, Kuala Merotai dan Bombalai tiada kawasan tempat rekreasi khusus,” katanya kepada media selepas tinjauan di Pasar Hotspring, pada Ahad.

Tambahnya, pembangunan kemudahan rekreasi bukanlah projek mahal, sebaliknya memerlukan usaha menaik taraf kawasan lapang sedia ada.

Mengenai tinjauan yang dibuat, Ruji menyifatkan kunjungannya itu berulang kali dan lebih signifikan kerana dilakukan selepas memperkenalkan nombor calon iaitu nombor 4 kepada para pengundi di kawasan tersebut.

“Beberapa aduan infrastruktur dikemukakan oleh penduduk semasa sesi ‘walkabout’ tersebut dan saya sudah minta Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Panas mengambil cadangan tersebut.

“Saya juga menyeru kepada pengundi-pengundi di Hotspring memberikan saya sokongan dan kepercayaan sekiranya inginkan perubahan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar atas pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat selain berharap sokongan dan momentum positif itu perlu diteruskan.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai