Kerajaan tidak pernah rayu hak 40 peratus hasil Sabah – PMX

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan langsung tidak mengemukakan rayuan terhadap hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah, sebagaimana termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menolak dakwaan bahawa Putrajaya cuba mempolitikkan isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal komited menghormati hak Sabah dan sedang mengambil langkah segera untuk menyelesaikan perkara teknikal berhubung tuntutan itu bersama Kerajaan Negeri.

“Baik sekarang timbul isu 40 peratus. Saya tengok dalam Perlembagaan. Perdana Menteri bincang, berkaitan, dan kita putuskan bahawa Isnin ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Bahagian Kewangan akan turun ke Kota Kinabalu untuk berbincang isu-isu teknikal mengenai 40 peratus dengan kerajaan negeri Sabah. We are serious,” katanya ketika berucap dalam Program Diolog Anak Muda Bersama YAB PM, di sini pada Sabtu.

Anwar menegaskan bahawa pendirian kerajaan adalah jelas, hak 40 peratus ialah hak Sabah dan tidak pernah disentuh oleh Kabinetnya.

“Selaku Perdana Menteri, menteri-menteri dan Jemaah Menteri, kita tidak rayu soal 40 peratus. Itu hak Sabah. Apa lagi yang mahu dipolitikkan?” tegasnya.

Anwar turut menyelar pihak tertentu yang didakwa menggunakan isu itu sebagai modal politik menjelang pilihan raya, sedangkan ketika mereka berkuasa dahulu, perkara itu tidak pernah ditangani.

“Dulu kau tak cakap masa kau ada kuasa. Kamu tak tolong rakyat. Kau kayakan diri kamu dan keluarga kamu. Sekarang kamu bicara pasal rakyat? Kalau begitu, mengapa rayu?” katanya.

Menurut Anwar, rayuan yang difailkan Peguam Negara bukanlah terhadap hak pemberian khas 40 peratus, sebaliknya terhadap aspek penghakiman yang menegur kerajaan-kerajaan persekutuan sejak 1974 kerana didakwa bertindak bertentangan dengan Perlembagaan.

“Yang kita rayu sebab kerajaan-kerajaan sejak 1974 melanggar prinsip Perlembagaan unconstitutional, salah,” ujarnya.

Anwar menolak dakwaan bahawa pendiriannya bermaksud menghina bekas-bekas pemimpin negara dan Sabah, sebaliknya menegaskan bahawa ramai tokoh terdahulu telah berjasa namun tetap terbabit dalam struktur pentadbiran yang tidak menghormati peruntukan perlembagaan ketika itu.

“Saya tak mahu jadi Perdana Menteri yang menghina pemimpin-pemimpin dahulu, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Datuk Seri Najib, Tun Mustapha, Donald Stephens, Pairin Kitingan dan lain-lain.

“Mereka semua berjasa. Tetapi sistem ketika itu tetap tidak menghormati prinsip undang-undang,” jelasnya.

Katanya, kerajaan hari ini ingin membetulkan ketidakpatuhan lalu.

“Sebab itu saya nak semua yang betul dan baik itu dilaksanakan. Kalau rakyat Sabah mahu 40 peratus, kita bagi.

“Tidak perlu hina pemimpin lama. Tiada faedah. Sebab itu saya sudah sebut di Parlimen kita tidak merayu soal 40 peratus.

“Kita hanya merayu bahagian penghakiman yang kita tidak setuju,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dijangka memulakan siri perbincangan teknikal dengan Sabah minggu ini sebagai langkah penting ke arah pelaksanaan penuh hak pemberian khas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Related Posts

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

SERI MENANTI – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai