Zaidi sifatkan pertembungan PH, GRS, BN di Bandau sebagai perlawanan persahabatan

KOTA MARUDU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah, Zaidi Jatil menyifatkan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau sebagai perlawanan persahabatan.

“Kita memutuskan untuk bertanding di kawasan N.06 Bandau ini, kita percaya kepada sistem kebebasan demokrasi rakyat berhak untuk memilih.

“Ia adalah pertembungan sebagai sahabat dalam gabungan parti.

“Justeru, berlaku perlawanan persahabatan yang saya anggap adik-beradik yang mana ada juga calon dari PH, GRS dan BN, kita meraikannya,” katanya dalam sidang media selepas penamaan calon di SMK Bengkongan di sini, pada Sabtu.

Zaidi turut menegaskan bahawa tidak ada masalah yang berlaku diantara mereka hanya disebabkan pertembungan itu.

“Tidak ada berlaku apa-apa masalah di peringkat kami dan kami memberikan ruang kepada rakyat pada 29 November ini untuk memilih,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut berharap agar anak muda diberi peluang pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah ini.

Mengulas mengenai persaingan 13 penjuru, katanya, beliau melihat perkara itu sebagai hal yang positif.

“Saya ingat ini adalah kali pertama kerusi di kawasan Kota Marudu mempunyai calon yang begitu banyak, sejarah kali pertama 13 penjuru.

“Itu memperlihatkan sistem politik kita meraikan kebebasan demokrasi dalam politik kita tu begitu subur,” ujarnya.

Tambahnya, ia tidak menjadi masalah malahan ia adalah satu petanda yang baik kerana ada banyak pemimpin pelapis di daerah ini khususnya DUN Bandau.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan