13 calon rebut kerusi Inanam, 3 bekas ADUN kembali bersaing

KOTA KINABALU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam sekali lagi menjadi tumpuan utama Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah apabila 13 calon tampil merebut kemenangan, termasuk tiga bekas ADUN dan seorang Naib Presiden UPKO.

Penyandang kerusi, Datuk Peto Galim daripada PKR, turut mempertahankan kedudukannya selepas memenangi Inanam pada 2020. 

Kerusi itu berada dalam penguasaan PKR sejak Pilihan Raya Umum 2013.

Persaingan dijangka sengit apabila dua bekas ADUN, iaitu Datuk Kenny Chua daripada STAR dan Datuk Dr Roland Chia, turut kembali bertanding yang memenangi kerusi itu pada tahun 2013 dan 2018. 

Terkini Roland keluar daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada hari penamaan calon dan memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas. 

Beliau sebelum ini pernah menyertai PKR dan Sabah Bersatu sebelum bersama Gagasan Rakyat.

Turut mencuri perhatian ialah penyertaan Naib Presiden UPKO, Datuk Wong Thien Fook, yang menjadi antara calon utama parti itu di kawasan berkenaan.

Lebih menarik calon adik-beradik iaitu Edna Jessica Majimbun (Warisan) dan Shone Eric Jr Majimbun sebagai calon Bebas.

Calon lain yang turut bertanding Lewis Wong (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Paul Anap (Parti Impian Sabah) dan Joseph Linggian (Parti Kerjasama Anak Negeri).

Turut serta ialah Sumali Marino Ahmad (Parti Rumpun Sabah), Gordon Lai (Parti Bumi Kenyalang), Martin Sibit (Parti Gemilang Anak Sabah) dan Chia Yun Kong (Perjuangan Rakyat). 

Menjadi rekod sejarah kawasan dengan jumlah calon yang tinggi, Inanam muncul sebagai salah satu medan pertempuran politik paling menarik untuk PRN17 Sabah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula