Penjawat awam Persekutuan di Pahang juga dapat bonus – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengulangi komitmen untuk memberi bantuan khas kewangan (bonus) kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah bonus itu belum diputuskan namun ia adalah pemberian ikhlas kerajaan negeri atas sumbangan kumpulan berkenaan.

“Jumlahnya sedang diteliti Pegawai Kewangan negeri (Datuk Fadzilla Salleh), memandangkan penjawat awam Persekutuan juga banyak membantu melancarkan urusan di Pahang, jadi wajar diberikan sedikit ‘token’ sebagai tanda kasih sayang kerajaan Pahang.

“Mungkin bukan semua (penjawat awam Persekutuan) yang dapat… kita tahu mereka ramai di sini, jadi kita tengoklah nanti, mungkin untuk gred tertentu, kita akan bagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian, malam tadi.

Minggu lalu, Wan Rosdy ketika majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia – Pahang First, memaklumkan jumlah kutipan hasil kerajaan negeri melepasi RM1 bilion untuk tahun ke-empat.

Beliau turut dilaporkan berkata, semua inisiatif untuk kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan dan ditambah baik.

Selain itu, katanya, pemberian bonus kepada penjawat awam negeri juga akan dilaksanakan dengan jumlahnya akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Pahang 2026, awal bulan depan.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi