Sikap syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi di Pahang mengecewakan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegur kelewatan syarikat telekomunikasi menangani masalah talian komunikasi susulan gangguan itu dilaporkan semakin kerap berlaku di negeri berkenaan.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyusahkan pengguna dan mengganggu operasi sektor ekonomi setempat.

Jelasnya, kerajaan negeri menerima semakin banyak aduan pengguna – hampir setiap hari – mengenai gangguan talian komunikasi di negeri itu.

“Bagaimanapun syarikat penyedia perkhidmatan mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sedangkan ketika sesi libat urus membabitkan Kerajaan Pahang dan syarikat telekomunikasi, September lalu, penyedia perkhidmatan sudah menyatakan komitmen menambah baik mutu perkhidmatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Fadzli berkata, aduan terbaru diterima pihaknya membabitkan gangguan talian telekomunikasi di Ulu Dong, Raub dan sudah berlarutan sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, gangguan ‘teruk’ itu membabitkan kawasan sekitar Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas yang mempunyai lebih 3,000 penduduk.

“Masalah itu menyusahkan urusan pelbagai pihak khususnya penduduk kampung, peniaga dan pelancong yang meluangkan masa bercuti di Ulu Dong,” katanya.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana