PRU17 Sabah: Tiada pembelotan akan berlaku, calon PKR tandatangani surat aku janji

PUTRAJAYA – Setiap calon PKR yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah telah menandatangani surat aku janji serta bon perjanjian bernilai RM10 juta sebagai jaminan bagi memastikan mereka tidak belot terhadap amanah diberikan oleh parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu menunjukkan komitmen penuh calon terhadap perjuangan parti, para pengundi serta kawasan yang akan diwakili mereka.

Katanya, PKR yang menawarkan 10 calon bagi menghadapi PRU17 Sabah itu menggambarkan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat baharu untuk memperjuangkan keadilan sosial dan pembangunan seimbang di Sabah.

“Barisan calon kali ini mencerminkan kepelbagaian latar belakang masyarakat Sabah, termasuk bekas timbalan menteri, penjawat awam serta golongan profesional yang bersedia membawa ‘Harapan Urang Sabah’ ke arah perubahan lebih baik selaras dengan aspirasi MADANI.

“Setiap calon telah memberikan komitmen 100 peratus kepada perjuangan parti serta rakyat Sabah.

“Kami yakin mereka akan melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri baharu,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Fuziah memaklumkan pihaknya menzahirkan keyakinan bahawa barisan calon tersebut akan menggalas tanggungjawab dengan amanah bagi memastikan Sabah menuju ke arah pentadbiran yang lebih adil dan makmur.

Menurutnya, perkara terbabit adalah selaras dengan aspirasi reformasi yang diperjuangkan oleh PKR.

“Pemilihan calon dibuat berdasarkan merit, keupayaan berkhidmat dan kesetiaan kepada perjuangan parti.

“Kami tidak hanya mencari calon untuk menang pilihan raya, tetapi pemimpin yang mampu membawa suara rakyat Sabah ke pentas nasional,” katanya.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 nama calon yang akan bertanding di kerusi DU Sabah pada PRU17 malam Ahad.

Calon berkenaan ialah N.18 Inanam, Peto Galim; N.44 Tulid, Rufinah Pengeran; N.23 Petagas, Husaini Sahari; N.61 Segama, Romansa Lamin; N.50 Gum-Gum, Abdul Said Pimping; N.20 Api-Api, Thonny Chee; N.72 Merotai, Datuk Rubi Ubi; N.42 Melalap, Datuk Jamawi Ja’afar; N.35 Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa dan N.54 Karamunting, George Hiew.

Related Posts

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

KUALA PILAH – Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang membangkitkan soal asal-usul kaum di Malaysia membuktikan keperluan negara mengamalkan budaya politik matang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap