PMX turun padang, santuni peniaga, warga di Pasar Minggu Gaya Street

KOTA KINABALU – Suasana meriah di Pasar Minggu Gaya Street dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun padang menyantuni peniaga dan masyarakat Kota Kinabalu.

Lawatan singkat itu bermula sekitar pukul 8.50 pagi sebaik beliau tiba disambut oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Sabin Samitah, sebelum memulakan sesi walkabout di sepanjang Pasar Minggu Gaya Street yang menjadi nadi aktiviti hujung minggu warga kota.

Dalam pada itu, Anwar meninjau reruai DBKK dan menyusuri deretan gerai yang menjual pelbagai hasil tempatan, buah-buahan segar, kraftangan, makanan tradisional sehinggalah ke tanaman hiasan yang menjadi tarikan pengunjung setiap minggu.

Sementara itu, beliau sempat beramah mesra, berbual dengan peniaga kecil dan menyapa orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman serta merakam gambar bersama.

Suasana pasar minggu tersebut, menjadi lebih meraih dengan sorakan, senyuman menyambut sosok tubuh pemimpin nombor satu negara yang pertama kali menjejaki kaki ke Pasar Minggu Gaya Street.

Seterusnya, beliau menghadiri Majlis Rancakkan MADANI Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16