Teliti tuntutan 40 peratus hak Sabah demi keadilan

KOTA KINABALU – Keputusan mengenai tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah wajar diteliti terlebih dahulu bagi memastikan kesemua mekanisme berkaitan isu itu difahami secara menyeluruh, sekali gus mengelak berlakunya sebarang kepincangan pada masa akan datang.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu perlu dalam usaha membela hak-hak Sabah yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain memastikan keputusan diambil oleh jemaah menteri berhubung isu tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Lewat petang semalam (Jumaat), penghakiman bertulis telah keluar dan 109 muka surat itu sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya, lapor Bernama.

“Keputusan atau penghakiman itu perlu diteliti supaya keseluruhan mekanisme difahami serta tidak berlaku sebarang kepincangan atau perkara yang tidak menurut Perlembagaan.

“Contoh, dalam tempoh 180 hari, apakah yang akan berlaku sekiranya melangkaui atau pada waktu ini, kita semua maklum kerajaan Sabah adalah kerajaan interim.

“Jadi, beberapa keputusan dasar yang mempunyai implikasi kewangan tidak boleh diambil.”

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian selepas menghadiri program Hari Bersama Komuniti dan Temu Anak Muda di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Kampung Kopimpinan, Putatan, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Semalam, Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam kenyataan bersama menggesa kerajaan persekutuan supaya tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober lepas yang mengesahkan hak Sabah untuk menerima pemulangan 40 peratus hasil pendapatan diperoleh dari negeri itu.

Fahmi berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan pandangan menyeluruh mengenai perkara itu sebaik tiba di Kota Kinabalu malam ini dalam rangka lawatan kerja pada esok dan lusa.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan MADANI terus komited untuk memastikan hak Sabah terbela, sekali gus memperjuangkan dan menegakkan keadilan untuk semua rakyat negeri itu.

“Kita akan perjuangkan untuk pastikan keadilan bagi Sabah. Ini adalah perkara yang ditegaskan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang melunaskan, menyelesaikan sembilan daripada 13 tuntutan menerusi MA63 dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

“Kerajaan ini juga adalah kerajaan Persekutuan pertama yang menaikkan pembayaran interim daripada RM126 juta ke RM300 juta, dan dinaikkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta,” katanya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan