Laluan curam Kg Kombo kini lebih selamat – George

SANDAKAN – Penduduk Kampung (Kg) Kombo kini boleh menarik nafas lega selepas laluan curam di kawasan mereka dilengkapi pagar dan susur tangan baharu, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan yang sebelum ini sering berlaku.

Mantan Ahli Dewan Undangan (ADU) Sabah Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, pemasangan pagar dan susur tangan itu dilaksanakan oleh pasukannya, Task Force Team ADU Sabah Karamunting bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengunjung yang menggunakan laluan berkenaan.

“Keselamatan penduduk adalah keutamaan kami. Kadang-kadang projek kecil seperti ini memberi kesan besar kepada kehidupan seharian masyarakat

“Pagar dan susur tangan ini mungkin nampak sederhana, tetapi ia boleh menyelamatkan nyawa,” katanya di sini pada Sabtu.

Tambah George, laluan menuju ke kawasan rumah kayu di cerun bukit itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan apabila beberapa penduduk, termasuk warga emas, terjatuh akibat kehilangan imbangan.

“Keadaan itu turut menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan ibu bapa yang bimbang keselamatan anak-anak mereka ketika melalui kawasan tersebut,” katanya.

Penduduk Kg Kombo turut menzahirkan penghargaan kepada George dan pasukannya atas keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

Selain pemasangan pagar dan susur tangan, Task Force Team ADU Sabah Karamunting turut mengambil inisiatif memasang lampu solar di laluan berhampiran bagi memudahkan pergerakan pada waktu malam.

 “Inisiatif ini bukan sahaja menambah baik aspek keselamatan, malah memberi keselesaan kepada penduduk untuk bergerak terutama pada waktu malam,” tambahnya.

Sehubungan itu, penduduk menyifatkan usaha tersebut sebagai langkah positif yang mencerminkan keprihatinan berterusan pasukan berkenaan terhadap keselamatan dan kebajikan komuniti setempat.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC