Jamawi Jaafar tonjol kepimpinan akar umbi, perjuang ekonomi hijau dan peluang kedua rakyat

TENOM – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Jamawi Jaafar, tampil dengan pendekatan kepimpinan berasaskan komuniti melalui projek pertanian dan inisiatif sosial yang memberi tumpuan kepada ekonomi hijau serta pemulihan banduan.

Beliau berkata, selepas berehat daripada politik sejak pilihan raya pada 2022, beliau memilih untuk menyumbang kepada masyarakat melalui pembangunan komuniti tani dan pendidikan sosial yang berasaskan kerja tangan dan hasil bumi.

“Sejak tahun lepas, saya mula buat program mengajar banduan berkebun. 

“Saya mahu lihat bahawa bukan saja masyarakat kita boleh membangun, tapi banduan pun ada peluang kedua,” katanya semasa Program Rapat-Rapat bersama Komuniti di Pekan Melalap di sini pada Khamis. 

Jelas Jamawi, projek itu dilaksanakan bersama banduan dengan menanam pelbagai tanaman bernilai tinggi seperti durian musang king dan avokado di kawasan seluas beberapa ekar.

“Kalau kamu pergi Sekolah Henry Gurney sebelah kiri, Institut Pendidikan Guru sebelah kanan, kiri itu Henry Gurney, kamu nampak seluas mata memandang kebun durian musang king. 

“Itu saya tanam bersama-sama dengan banduan.

“Saya mahu mereka belajar, supaya bila keluar nanti mereka tahu cari rezeki halal dan berbakti semula kepada masyarakat,” ujarnya.

Selain memberi peluang kedua kepada banduan, beliau turut memperkenalkan projek Bumi Hijau bersama sekolah terpilih yang melibatkan penanaman durian dan avokado untuk menjana dana sekolah.

“Kalau satu pokok avokado boleh dijual ratusan ringgit, bayangkan kalau sekolah ada 800 pokok. 

“Hasilnya boleh digunakan untuk tabung PIBG. Inilah cara kita mendidik pelajar tentang ekonomi hijau dan kelestarian,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) turut berkata bahawa perubahan ekonomi luar bandar mesti bermula daripada akar umbi dengan penerapan nilai kerja keras, perkongsian hasil dan rasa tanggungjawab sosial.

“Saya mahu anak muda lihat pertanian sebagai satu industri moden yang berpotensi besar. 

“Kalau dulu kita lihat sawah dan kebun sekadar kerja kampung, sekarang ia boleh jadi sumber kekayaan,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan yang digerakkannya kini sebagai misi jangka panjang membina masyarakat yang berilmu, berdikari dan berakhlak, sejajar dengan nilai Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sementara itu, menurut sumber dalaman politik di Tenom, nama beliau disebut-sebut sebagai antara calon berpotensi yang akan mewakili PH dalam PRU17 di DU Melalap.

Jamawi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ADUN Kemabong selepas memenangi kerusi tersebut atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri 2018.

Selepas pilihan raya itu, beliau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) susulan pergolakan politik yang melanda negeri berkenaan ketika itu.

Pada tahun 2020, Jamawi kembali menyertai UMNO sebelum bertanding di DU Melalap pada PRU Sabah tahun sama, namun tewas kepada calon Warisan, Datuk Peter Anthony.

Dalam PRU15, Jamawi diberi laluan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tenom atas tiket BN, bagaimanapun tewas kepada calon Bebas, Riduan Rubin.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit