MUIS nafi dakwaan salah guna kuasa, tadbir urus telus

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan tuduhan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pentadbiran melibatkan pengurusan dana Tabung Zakat yang kembali tular di media sosial merupakan dakwaan lama yang tidak berasas sama sekali.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, isu tersebut pernah mendapat perhatian Ketua Menteri bersama Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama dan siasatan menyeluruh telah diarahkan bagi memastikan ketulusan serta kebertanggungjawaban pengurusan.

Jelasnya, pihak MUIS telah mengambil tindakan saman fitnah terhadap individu yang menyebarkan tuduhan berkenaan dan prosiding mahkamah kini masih berjalan serta wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagi membuktikan ketelusan dan integriti dalam menguruskan dana zakat umat Islam, MUIS memaklumkan beberapa langkah telah dilaksanakan termasuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat keseluruhan menakaun kewangan MUIS termasuk tabung zakat.

“Hasil siasatan tersebut tidak menemukan sebarang unsur salah laku atau jenayah terhadap mana-mana pegawai atau pihak dalaman MUIS,” katanya dalam satu kenyatan media, pada khamis.

Dalam pada itu, Jabatan Audit Negara turut menjalankan audit menyeluruh terhadap akaun kewangan MUIS pada setiap tahun. 

“Hasilnya, MUIS telah dianugerahkan sijil tanpa teguran selama lima tahun berturut-turut ini membuktikan pengurusan kewangan adalah telus, berhemah dan mematuhi semua piawaian perakaunan serta enakmen berkaitan.

“Dari segi pengurusan kualiti, MUIS juga telah memperoleh Pensijilan Antarabangsa MS ISO 9001:2015 sejak tahun 2021 hasil audit pematuhan tahunan oleh badan pensijilan bertauliah. 

“Pencapaian itu menunjukkan proses kerja MUIS dilaksanakan secara sistematik, profesional dan berasaskan piawaian antarabangsa.” jelasnya.

Katanya lagi, selaras dengan komitmen untuk mengekang gejala rasuah, pihak pengurusan MUIS kini berada di peringkat akhir bagi memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti-Bribery Management System-ABMS) MS ISO 37001:2016, yang menjadi manifestasi kesungguhan MUIS memastikan tadbir urus kekal bersih, berintegriti dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Justeru, orang awam turut dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah serta tohmahan berunsur jahat yang sengaja disebarkan bagi menjatuhkan imej MUIS sebagai institusi Islam penting dalam memperkasa umat Islam dan menjaga kebajikan asnaf di Sabah.

“MUIS akan terus berpegang kepada prinsip amanah dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menjejaskan imej, nama baik dan maruah institusi ini,” tegasnya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah