Ketua peguam tentera Israel letak jawatan selepas tular video rogol tahanan Palestin

TEL AVIV – Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi meletak jawatan selepas mengaku membocorkan rakaman video yang menunjukkan insiden rogol beramai-ramai terhadap seorang tahanan Palestin di kem penahanan Sde Teiman pada Ogos tahun lalu.

Rakaman tersebut, yang memperlihatkan penderaan seksual terhadap seorang tahanan lelaki Palestin oleh beberapa anggota tentera, tersebar kepada media pada pertengahan Ogos 2024 dan mencetuskan kemarahan awam serta tekanan politik hebat daripada kumpulan pelampau kanan Israel.

Dalam surat perletakan jawatan, Tomer-Yerushalmi menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai bantahan terhadap tekanan politik bagi menutup siasatan kes berkenaan.

Katanya, keputusan itu diambil atas dasar moral dan keadilan, selepas beberapa usaha dalaman untuk membuka semula kes tersebut tidak mendapat sokongan.

“Saya menzahirkan kebimbangan terhadap budaya tiada kebertanggungjawaban dalam kalangan anggota tentera Israel, khususnya berhubung layanan terhadap tahanan Palestin.

“Apabila sistem keadilan tentera gagal mempertahankan prinsip kemanusiaan, seseorang mesti memilih antara kesetiaan kepada institusi dan kesetiaan kepada kebenaran,” katanya menerusi surat peletakan jawatan.

Peletakan jawatan itu berlaku di tengah-tengah perdebatan ketika dan ketelusan dalam tentera Israel, dengan beberapa pegawai kanan dilaporkan menentang siasatan lanjut atas alasan ia boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan.

Menteri Pertahanan Israel sebelum ini turut memberi isyarat Tomer-Yerushalmi akan digugurkan berikutan kebocoran tersebut.

Organisasi hak asasi manusia dalam dan luar Israel mengecam kegagalan pihak berkuasa menangani insiden itu secara telus, sambil menyeru siasatan bebas dan perlindungan kepada saksi serta pemberi maklumat dalam sistem ketenteraan.

Sementara itu, pejabat tentera Israel memaklumkan pengganti kepada jawatan Ketua Peguam Tentera dijangka diumumkan dalam masa terdekat, sementara siasatan dalaman terhadap kebocoran rakaman dan insiden di Sde Teiman masih diteruskan.

Video yang bocor itu disiarkan di berita Saluran 12 milik Israel pada Ogos 2024.

Isu penyalahgunaan kuasa dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan Palestin telah lama menjadi tumpuan kritikan masyarakat antarabangsa, dan pendedahan ini memberi bukti nyata tentang skop isu tersebut.

Related Posts

Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan. 2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh persefahaman serta menjalin kerjasama dalam kalangan komuniti yang pelbagai demi membina masa depan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience