Tujuh gajah liar berjaya ditangkap Perhilitan Perak

GERIK – Tujuh ekor gajah liar dewasa berusia antara 20 hingga 35 tahun berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di kawasan Bersia Lama, di sini selepas dilaporkan berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk sejak awal bulan lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kesemua gajah berkenaan terdiri daripada dua ekor jantan dan lima ekor betina yang ditangkap secara berperingkat bermula 25 Oktober lalu.

Menurutnya, operasi itu dijalankan susulan aduan penduduk mengenai gangguan kumpulan gajah liar di kawasan penempatan serta kebun mereka.

“Kesemua gajah tersebut akan dipindahkan ke habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat secara berperingkat menggunakan gajah denak,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, dua ekor gajah denak, Abot dan Ceri, digunakan bagi memujuk serta menarik keluar gajah liar yang berjaya ditangkap sebelum dipindahkan ke atas lori.

“Buat masa ini, dua ekor gajah liar akan dipindahkan terlebih dahulu, manakala baki lima ekor lagi akan dipindahkan secara berperingkat,” jelasnya.

Operasi pemindahan mamalia besar itu bermula jam 9 pagi dan melibatkan 10 kakitangan Perhilitan Perak bersama 15 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia