Analogi: Jangan tersalah hentam!

PERNAH saya ikuti kisah tragis di sebuah kampung – seorang lelaki dibalun sampai lembik oleh penduduk gara-gara dikatakan mencuri beberapa guni getah skrap.

Pemilik getah skrap itu mengalami penyakit sawan dan ketika dia ditanya adakah betul lelaki yang diberkas itu melakukan kecurian, dia hanya mampu berbunyi; “Aaa aa!”

Dia kemudiannya pengsan!

Sebahagian orang yang ada di situ tidak tahu pemilik getah skrap itu sawan sebaliknya menyangka dia mengesahkan bahawa lelaki itulah si pencuri!

Mereka pun membelasah lelaki tersebut sekehendak hati – tumbuk muka, sepak perut, terajang belakang, tempeleng, tampar, dan sebagainya.

Lelaki itu disandarkan di sebatang pokok kekabu. Tangannya dikilas lalu diikat. Mukanya diludah dan sebahagian ludahan tersebut bercampur kahak kuning kehijau-hijauan.

Tidak cukup dengan semua itu, lelaki tersebut dimaki hamun serta dicarut sampailah keaiban ibu, ayah, dan nenek moyangnya “dikeberkan” (dijaja atau disebarkan).

Dia kemudiannya diazabi penduduk kampung dengan cara diletakkan beberapa sarang kerengga di pangkal pokok kekabu itu.

Tidak terkira seksanya lelaki tersebut. Dia terpaksa menahan pergerakan kerana kalau dia bergerak banyak, tubuhnya akan luka-luka sebab batang kelkabu itu berduri.

Dipendekkan cerita, pemilik getah skrap itu pun tersedar daripada pengsan, kemudian beransur-ansur pulih dan dapat mengingati susur-galur kecurian tersebut.

Menurutnya, lelaki yang sedang didera itu bukannya pencuri sebaliknya datang ke situ kerana mahu menyelamatkannya daripada dirompak rakan sang pencuri getah skrap.

Terdiam semua orang yang berada di situ. Rupa-rupanya selama ini mereka sedang menghentam orang yang baik.

Yang lebih malang lagi, orang mula-mula menghentam lelaki budiman itu sebenarnya orang yang mencuri getah skrap tersebut.

Demikianlah kisah yang sedang berlaku di negara kita.

Malang betul!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari