Malaysia sokong kemerdekaan Timor-Leste sejak era Tun M

MALAYSIA merupakan antara yang terawal mengiktiraf kemerdekaan Timor-Leste sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, atas alasan itu Malaysia mendukung dan mempercepat proses penyertaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN.

“Malaysia merupakan antara yang terawal mengiktiraf pengorbanan darah dan keringat rakyatnya yang mendambakan kebebasan dan cita serta nurani idealisme yang murni, seawal era Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malah, saya sendiri pernah menyatakannya di Parlimen bahawa Timor-Leste adalah sebahagian daripada keluarga rantau yang kita cintai ini.

“Justeru, bagi Malaysia, pendirian kita tersedia jelas; yakni mendukung dan mempercepat proses penyertaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN.

“Saya bicara bahawa Malaysia sendiri dahulunya bukan negara yang kaya, tidak kurang Laos serta Kemboja sewaktu diterima ke dalam ASEAN. Kita juga pernah bergelut ganas membina asas dan ketahanan ekonomi negara,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Anwar malam tadi hadir ke majlis makan malam yang dihoskan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, José Manuel Ramos-Horta.

Majlis makan malam itu bagi menzahirkan penghargaan atas semangat persahabatan kedua-dua negara yang ditonjolkan.

Sementara itu Anwar berkata, adalah tidak wajar untuk mengukur nilai keanggotaan hanya pada aspek kekuatan ekonomi semata.

Tegasnya, apa yang penting adalah tekad dan iltizam, wawasan serta semangat kenegaraan bangsa tersebut.

“Walhasil, kita telah mengarahkan Wisma Putra agar mengupayakan kerjasama teknikal dan penempatan pegawai di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia untuk membantu melengkapkan keperluan institusi Timor-Leste untuk maksud ini.

“Di dunia hari ini, suara nurani semakin malap dan pudar. Namun, Timor-Leste menyemangati suara itu. Bahawa ia suara yang lahir dari sejarah yang luka dan membekas, ketabahan dan kesungguhan rakyatnya memperjuang kebebasan dan keadilan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula