Impak positif kukuh ringgit kepada 4.1880

IMPAK positif kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 terus mengukuhkan kedudukan ringgit kepada 4.1880 berbanding dolar Amerika Syarikat, hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, semalam nilai ringgit ialah 4.2005 berbanding dolar AS berikutan sentimen positif penutupan sidang tersebut.

Jelasnya, ringgit telah mengukuh sebanyak 6.7 peratus berbanding dolar AS sejak awal tahun ini, disokong situasi luaran seperti jangkaan penurunan kadar faedah di AS yang dijangka berlaku pada malam ini.

“Di samping itu, sidang kemuncak ASEAN juga dilihat banyak menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit disebabkan keupayaan rantau ini terutamanya Malaysia dalam mencapai suatu penyelesaian diplomatik melalui meja rundingan yang menghasilkan perjanjian perdagangan yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Perkara ini dilihat positif untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang disebabkan potensi pasaran yang lebih luas, serta jangkaan kemasukan pelabur asing ke Malaysia yang akan meningkatkan permintaan terhadap mata wang ringgit pada masa akan datang,” katanya dipetik Kosmo.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berakhir semalam menonjolkan kesepakatan kukuh negara anggota dalam memperkasa kerjasama dan menangani cabaran global, dengan ASEAN menyambut keanggotaan penuh Timor‑Leste sebagai anggota ke-11.
Kehadiran Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang memperlihatkan kepentingan ASEAN sebagai penentu hala tuju geopolitik Indo-Pasifik, selain menjadi platform utama bagi menjamin kestabilan ekonomi dan keselamatan serantau.

Mohd. Afzanizam menambah, pihaknya menyasarkan ringgit diniagakan pada paras antara 4.15 dan 4.20 berbanding dolar AS pada hujung tahun ini.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK