Multaqa Muafakat FELDA platform penyatuan warga peneroka

KUANTAN – Program Multaqa Muafakat FELDA yang berlangsung penuh keberkatan malam tadi, menjadi lambang kesatuan dan semangat kebersamaan warga tanah rancangan di bawah naungan FELDA.

Antara pengisian majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah, FELDA Bukit Goh itu adalah Maulid Akbar dan berselawat.

Ia bukan sekadar sambutan keagamaan, tetapi simbol kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta manifestasi perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan komuniti FELDA sekian lama.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap merasmikan program itu berkata, FELDA bukan sekadar satu kawasan projek pembangunan tanah, tetapi sebuah institusi yang membentuk jati diri bangsa melalui ilmu, akhlak dan perjuangan.

“Kita mahu FELDA kembali menjadi contoh masyarakat yang kuat imannya, tinggi ilmunya dan utuh perpaduannya.

“Kemajuan ekonomi mesti disertai kekuatan spiritual agar generasi baharu FELDA tidak terpisah dari akar nilai dan agama,” katanya.

Program itu disertai barisan ulama dan asatizah dari dalam dan luar Pahang.

“Kehadiran mereka bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai pemimpin rohani yang menghidupkan kembali tradisi ilmu dan syiar Islam di tanah rancangan,” tambah Wan Rosdy.

Wan Rosdy turut melancarkan Majlis Taklim FELDA Pahang pada program itu, yang diharap menjadi mercu tanda kesinambungan ilmu dan penghayatan agama dalam kalangan warga FELDA.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang selaku pengerusi program, Datuk Amizar Abu Adam berkata, penganjuran program berkenaan adalah hasil inisiatif dan cetusan ilham Wan Rosdy sendiri.

“Ia sebagai bukti komitmen kerajaan negeri memperkukuh pembangunan insan di samping kemajuan ekonomi, selaras dengan gagasan ‘Pahang 1st’ yang menekankan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi.

“Datuk Seri Wan Rosdy berhasrat menyatukan kembali warga peneroka FELDA dalam satu wadah yang berpaksikan nilai keislaman, kekeluargaan dan muafakat.

“Justeru, kami memulakan Multaqa Muafakat FELDA ini di Bukit Goh, malam ini (tadi) dan sambutan diterima amat baik sekali.

“Insya-Allah… (program Multaqa Muafakat FELDA) ia akan diperluaskan ke semua 115 tanah rancangan FELDA yang terdapat di Pahang,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar