Kadar OPR dijangka kekal 2.75 peratus tahun depan

PUTRAJAYA – Penanda aras pinjaman dan tabungan, Kadar Dasar Semalaman (OPR), dijangka kekal tidak berubah sehingga tahun 2026.

Kestabilan OPR ini memberi jaminan bahawa ansuran bulanan pinjaman perumahan dan kenderaan tidak akan meningkat, dalam masa yang sama kadar inflasi juga diramal terkawal.

Ahli Ekonomi Kanan Hong Leong Bank (HLB), Choong Yin Pheng, mengunjurkan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan OPR pada paras semasa 2.75 peratus sepanjang tahun hadapan.

Bercakap di Forum Meja Bulat Belanjawan 2026 anjuran HLB, hari ini, beliau turut meramalkan kadar inflasi kekal terkawal, dengan purata sekitar 2.0 peratus pada 2026.

Yin Pheng, yang juga Pengurus Besar Pendapatan Tetap dan Penyelidikan Ekonomi HLB berkata, kestabilan dasar monetari itu disokong unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar benar yang stabil, iaitu antara 4.0 hingga 4.5 peratus bagi 2026.

Situasi di Malaysia ini berbeza dengan Amerika Syarikat (AS), di mana Rizab Persekutuan AS (Fed) diunjurkan akan terus menurunkan kadar faedahnya.

Menurut Yin Pheng, langkah Fed itu akan menyebabkan jurang kadar faedah antara AS dan Malaysia semakin mengecil, sekali gus menjadi faktor utama yang menyokong pengukuhan mata wang tempatan.

Kestabilan ekonomi domestik dan dasar monetari yang stabil di Malaysia dijangka terus menarik aliran masuk dana asing, khususnya ke dalam pasaran bon, yang akan menyokong nilai ringgit.

HLB meramalkan ringgit akan mengukuh ke paras 4.20 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, sebelum meningkat lebih kukuh ke paras 4.10 menjelang penghujung 2026.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam, dalam ucaptamanya memuji komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal berhemah dan pembaharuan berorientasikan pertumbuhan dalam Belanjawan 2026.

Beliau berkata, langkah strategik kerajaan seperti rasionalisasi subsidi bersasar dan penambahbaikan rangka kerja Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan mewujudkan persekitaran lebih stabil untuk perniagaan dan pelabur.

Related Posts

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

ISKANDAR PUTERI – Negeri Johor terus mengorak langkah sebagai hab digital utama Asia Tenggara apabila projek pusat data JHB1 milik Digital Halo mencapai satu lagi pencapaian penting menerusi majlis “topping…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat