DAP harap PRK DUN Mahkota tidak dicemari isu 3R

PASIR GUDANG – DAP Johor berharap Pilihanraya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada bulan depan akan kekal harmoni tanpa menganggu atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Timbalan pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, beberapa insiden yang berlaku sebelum ini diharap dapat memberikan pengajaran kepada semua individu khususnya pengamal politik untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta berkempen secara sihat.

“Setiap PRK dan pilihan raya umum (PRU) saya akan bagi nasihat yang sama untuk tidak menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum), saya ulang dan ulang lebih daripada satu kali.

“Sebelum menjadi ahli politik, kita jadi warga negara terlebih dahulu, jadi jagalah keharmonian masyarakat kita. Dalam bulan Ogos ini iaitu dalam bulan sambutan hari kebangsaan dan September ini pula sambutan Hari Malaysia, sila jaga keharmonian dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata demikian ketika diwawancara pemberita pada program Johor Jaya Run 2024 di Dewan Raya Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Wawancara bersama media itu turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook beliau.

Mengulas mengenai tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kelantangan beliau mempertikaikan institusi diraja pada kempen PRK DUN Nenggiri sebelum ini, Nie Ching berkata, pihaknya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Justeru, Nie Ching berharap perkara sama tidak akan berulang dalam PRK DUN Mahkota nanti.

Sementara itu dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Wanita DAP berkata, pihaknya akan terus komited membantu jentera UMNO pada kempen PRK DUN Mahkota nanti.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berharap, bantuan tersebut diharap dapat melancarkan kempen PRK DUN Mahkota dalam usaha mengekalkan kerusi tersebut ekoran DUN itu juga berada di bawah pentadbiran Ahli Parlimen DAP, Wong Shu Qi.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan