Maxim lancar inisiatif tempat duduk kanak-kanak percuma

KUALA TERENGGANU – Maxim E-hailing Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap keselamatan keluarga dengan melancarkan inisiatif baharu yang menawarkan tempat duduk kanak-kanak secara percuma kepada rakan-pemandu mereka di Kuala Terengganu.

Langkah ini bertujuan memastikan perjalanan bersama anak kecil menjadi lebih selamat dan selesa, sekaligus menyokong penggunaan Sistem Kekangan Kanak-Kanak (CRS) yang disarankan kerajaan.

Ketua Maxim Kuala Terengganu, Ammar Amsyar berkata, keselamatan anak tidak seharusnya menjadi satu kemewahan bagi pelanggan mereka.

“Keluarga kini boleh menempah perjalanan Maxim dengan yakin, mengetahui anak kecil mereka dilindungi dengan sistem keselamatan khas dalam kenderaan,” katanya.

Antara penerima awal, Ahmad Zulkarnain menyifatkan inisiatif itu sebagai bukti penghargaan syarikat terhadap peranan pemandu.

“Dulu saya risau apabila keluarga membawa anak kecil tanpa kerusi keselamatan. Kini, saya boleh tawarkan perkhidmatan yang benar-benar selamat dan profesional,” katanya.

Program ini melangkaui tanggungjawab sosial korporat dan menjadi sebahagian misi Maxim memupuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan pemandu dan penumpang e-hailing di Malaysia.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar