PGA dan ESSCOM terima 3 bot RHIB, tingkat kawalan keselamatan perairan ESSZONE

LAHAD DATU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan tiga bot laju baharu kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebagai langkah mempertingkat kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi keselamatan di perairan strategik Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE). 

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dua daripada bot berkenaan merupakan jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) PGA manakala sebuah lagi kepada ESSCOM bagi tujuan pengoperasian dan rondaan di kawasan berisiko tinggi seperti Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik dan perairan Tawau.

“Kalau kita lihat dari kos projek ini iaitu RM4.497 juta dan saya ucapkan taniah kepada Syarikat Sepanggar Shipyard yang mampu untuk menyiapkan awal bot daripada jadual yang sepatutnya.

“Tentu saja ini terus meningkatkan keyakinan dengan penyerahan bot kerana ia berupaya untuk bertindak balas pantas terhadap ancaman-ancaman yang berlaku termasuk aktiviti-aktiviti penyeludupan,” katanya kepada media selepas penyerahan tiga bot berkenaan di Lahad Datu, pada Sabtu. 

Menurut Shamsul, Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi memperkukuh kesiapsiagaan aset, mempertingkatkan keupayaan taktikal pasukan keselamatan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan tuntas dan berkesan.

“Yang penting, kita mahu pastikan kedaulatan serta keselamatan negara terpelihara kerana kawasan ini perlu dijaga agar keyakinan pelbagai pihak terus meningkat dan seterusnya memberi dorongan kepada kejayaan-kejayaan yang diinginkan rakyat.

“KDN akan terus menyokong ESSCOM dari segi dasar, aset serta sumber manusia bagi memastikan agensi itu kekal sebagai benteng utama keselamatan negara di Sabah Timur,” ujarnya. 

Terdahulu semasa berucap, Shamsul menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan MADANI Keempat 2026 baru-baru ini yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan barisan hadapan keselamatan negara.

“Melalui belanjawan tersebut, kerajaan telah meluluskan pembinaan kuarters tambahan ESSCOM di Lahad Datu, satu inisiatif penting yang akan meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan pegawai serta anggota yang berkhidmat di lapangan. 

“Langkah ini membuktikan bahawa setiap pengorbanan anggota keselamatan tidak pernah dipandang ringan oleh kerajaan,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai