Ewon minta Peguam Negara tidak rayu keputusan 40 peratus hasil Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick meminta supaya Jabatan Peguam Negara tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian hasil 40 peratus kepada Sabah.

Katanya, beliau telah memaklumkan pendirian kepada rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat Kabinet minggu hadapan.

“Saya akan menyatakan pandangan saya sebagai anggota Kabinet mewakili parti saya,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Usahawan MADANI “Perniagaan Keluarga” di sini pada Sabtu.

Terdahulu pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Related Posts

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

KUCHING – Sarawak mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM876.2 juta bagi membantu rakyat mendepani tekanan kos sara hidup berikutan impak konflik berpanjangan di Timur Tengah terhadap ekonomi global. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’