Pemandu lori ditahan bersama 30,030 liter petrol disyaki cuba diseludup ke Thailand

PADANG BESAR – Seorang pemandu lori berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dikesan membawa 30,030 liter minyak petrol disyaki untuk diseludup ke Thailand.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi khas Op Taring Bravo 1 itu dijalankan hasil risikan selama tiga minggu.

Beliau berkata, penahanan dibuat jam 3.45 petang semalam di hadapan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) selepas pasukan PGA menahan sebuah treler dipandu lelaki tempatan.

“Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati lori itu didakwa membawa minyak diesel namun analisis bau dan warna mengesahkan ia petrol.

“Pemandu bersama lori berkenaan ditahan selepas disyaki membawa muatan yang tidak selaras dengan dokumen penghantaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrum, siasatan awal mendapati minyak itu dibawa dari Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dijadikan bekalan transit sebelum diseludup ke Thailand.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM528,000 melibatkan sebuah lori treler dan 30,030 liter petrol.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Katanya lagi, PGA Briged Utara terus komited memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

Related Posts

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

KOTA KINABALU – Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak terpaksa mendapatkan rawatan selepas pengsan ketika menunaikan solat malam semalam akibat mengalami pening secara tiba-tiba. “Saya mengalami sakit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal