Pemuda UMNO Pahang lega, reformasi pendidikan akhirnya dilaksana

KUANTAN – Keputusan segera Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan reformasi pendidikan membabitkan lima teras utama yang diumumkan di Dewan Rakyat hari ini, disambut dengan penuh kelegaan oleh Pemuda UMNO Pahang.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, keputusan besar dibuat oleh KPM itu menunjukkan Kementerian berkenaan mendengar luahan dan keresahan disuarakan Pemuda UMNO.

“Sudah tentu pengumuman dibuat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Parlimen hari ini adalah satu keputusan yang melegakan banyak pihak, terutamanya ibu bapa.

“Saya percaya segala perancangan KPM dalam menangani dan mengatasi segala permasalahan membabitkan pelajar sekolah, dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan menerusi kerjasama pelbagai pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pagi tadi mengumumkan KPM akan memberi tumpuan kepada aspek kesihatan mental dan larangan keras membawa bahan terlarang serta berbahaya oleh pelajar sekolah.

Perkara itu adalah antara lima komponen utama reformasi serta-merta pendidikan negara dalam usaha memastikan sekolah menjadi premis lebih selamat untuk semua.

Aspek lain yang diberi penekanan ialah pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, Dasar Perlindungan Kanak-kanak dan bimbingan serta sokongan daripada guru.

Selaras usaha itu, Fadhlina memaklumkan semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikerah melaksanakan serta-merta secara praktikal.

Semalam, Pemuda UMNO Pahang secara tegas mendesak agar reformasi segera dalam sektor pendidikan dilakukan.

Desakan itu, kata Mustaqim, dibuat susulan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan kes jenayah serius melibatkan pelajar, termasuk insiden buli, rogol dan bunuh yang berlaku di institusi pendidikan

“Pemuda UMNO Pahang sangat kesal, sedih dan kecewa dengan kejadian jenayah seperti buli, rogol dan paling digeruni, kes membabitkan kematian yang berlaku dalam kawasan sekolah.

“Semua ini memberi peringatan dan isyarat jelas serta tegas bahawa sistem pendidikan sedia ada perlu dinilai semula, ditambah baik dan diberi nafas baru,” katanya.

Related Posts

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi. Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan