Fahmi tinjau sistem BUDI95 di Sabah, pastikan berfungsi lancar

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meninjau pelaksanaan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Minyak Petronas Lintas Kepayan, di sini pada Khamis, bagi memastikan sistem tersebut berfungsi dengan baik.

Tinjauan ini bagi menilai kestabilan sambungan internet yang menjadi tunjang kepada sistem BUDI95, di samping mengumpul maklum balas secara langsung daripada pengusaha stesen minyak dan pengguna mengenai pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut.

Bermula secara berperingkat pada 27 September lalu, kerajaan telah menetapkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter bagi pengguna yang layak, dengan had pembelian sebanyak 300 liter sebulan.

Manakala, bagi pengguna yang melebihi had atau tidak layak, harga pasaran semasa sekitar RM2.60 seliter akan dikenakan.

Bermula 15 Oktober 2025, kerajaan turut memperluas pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 kepada pemandu e-hailing sepenuh masa, yang membolehkan mereka menikmati had tambahan pembelian petrol RON95 bersubsidi.

Sejak pelaksanaannya, sistem BUDI95 menunjukkan prestasi yang stabil dengan keupayaan memproses puluhan ribu transaksi setiap minit, sekali gus membuktikan keberkesanannya sebagai asas kukuh kepada pelaksanaan subsidi yang lebih tepat, cekap dan adil.

Kelancaran sistem ini turut disokong oleh sambungan Internet yang stabil dan pantas, yang memainkan peranan penting dalam memastikan semakan kelayakan serta pengesahan transaksi dapat dilakukan dengan efisien.

Kementerian Komunikasi, melalui JKOM akan terus memantau pelaksanaan sistem ini bagi memastikan penyampaian maklumat yang jelas dan inklusif, serta menggerakkan penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop; Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Suwadi Guliling dan Pengarah JKOM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Milus Alu@Abd Wahad.

Turut hadir, Ketua Bahagian Digital, Petronas Dagangan Berhad (PDB), Sazlina Ahamad; Ketua Perhubungan Kerajaan, PDB, Ainor Hakim Anuarudin dan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Lintas, D-Tah Bee Hua@Noor Husaini Yusuf.

Related Posts

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Saya tidak mengkritik UMNO, saya mengkritik pemimpin UMNO.” Itu penegasan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, susulan persoalan mengenai tindakannya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia