Komuniti antarabangsa diseru komited teruskan proses damai demi Gaza

PUTRAJAYA – Malaysia memuji pelbagai usaha Presiden Donald Trump di samping peranan penting yang Mesir, Qatar, Turkiye dan negara-negara lain dalam menamatkan perang di Gaza.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil peluang tersebut dalam meneruskan semula proses damai berasaskan penyelesaian dua negara.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC dan UNGA) yang berkaitan, termasuk Resolusi UNGA A/RES/ES-10/23 mengenai Kemasukan Ahli Baharu ke PBB bertarikh 10 Mei 2024.

“Malaysia juga menyeru agar semua pihak yang terlibat agar mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang telah dipersetujui dan mendesak supaya pelaksanaannya dilakukan dengan segera dan menyeluruh.

“Kami menekankan keperluan untuk gencatan senjata kekal, penyampaian bantuan kemanusiaan yang segera, tanpa halangan, selamat dan berterusan kepada semua yang memerlukan.

“Ini termasuk melalui kesinambungan dan pengukuhan peranan serta mandat UNRWA — serta permulaan segera usaha pembinaan semula di Gaza bagi membantu membina semula kehidupan dan melindungi maruah rakyat Palestin,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Wisma Putra memakumkan, Malaysia amat mengalu-alukan persetujuan yang dicapai antara Hamas dan Israel bagi fasa pertama “Pelan Komprehensif Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump untuk Menamatkan Konflik Gaza” yang diumumkan di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 8 Oktober 2025, dengan matlamat untuk mencapai pengakhiran kekal kepada permusuhan.

“Kami juga mengakui perkembangan itu menandakan satu langkah penting ke arah menamatkan konflik termasuk mencegah penderitaan dan kehilangan nyawa yang berterusan, serta pemindahan paksa penduduk.

“Pada masa sama, ia juga dapat memastikan pembebasan semua tebusan dan tahanan, membolehkan pengunduran penuh pasukan Israel, menyokong pembinaan semula Gaza, serta merealisasikan hak penentuan nasib sendiri dan kenegaraan bagi rakyat Palestin,” katanya.

Related Posts

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah