Belanjawan 2026 bukan teori atas langit namun berpaksi realiti ekonomi

PUTRAJAYA – Belanjawan 2026 mempamerkan pendekatan baharu kerajaan yang berfokuskan terhadap ketegasan dalam tatakelola, kecekapan fiskal, selain keprihatinan serta empati terhadap rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan yang dibawa bukan sekadar berasaskan teori ekonomi semata-mata, sebaliknya digarap berdasarkan realiti semasa, cabaran fiskal negara serta komitmen luar biasa warga Kementerian Kewangan dalam merangka belanjawan yang berhemah.

Menurutnya, setiap belanjawan yang dirangka mesti selari dengan keadaan ekonomi semasa, bukan semata-mata berpandukan kerangka teori ekonomi yang ideal, tetapi tidak mengambil kira kekangan sebenar negara

“Negara kini tidak lagi berada dalam suasana ekonomi rancak seperti tahun 1990-an apabila pertumbuhan mencapai lebih 10 peratus setahun dan defisit kecil, sebaliknya mewarisi beban hutang dan defisit tinggi yang memerlukan pendekatan lebih berhemat dan berimbang.

“Kita warisi hutang membengkak dan defisit tinggi. Semua itu mesti diteliti terlebih dahulu sebelum kerajaan melakar kerangka belanjawan yang sesuai dengan tuntutan semasa.

“Sebab itu, tumpuan utama saya sejak mengambil alih pentadbiran ialah memperkukuh tatakelola,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF) bagi bulan Oktober, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, aspek tatakelola menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan dasar fiskal negara dilaksanakan secara telus, berkesan dan berimbang.

Katanya, kerajaan memberi tumpuan memperkukuh integriti serta keupayaan institusi pentadbiran, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita berjaya kumpulkan RM15.5 bilion hasil rampasan, cukai tertunggak, penyeludupan rokok, arak dan sindiket penipuan dalam talian. Ini bukan hasil cukai baharu, tetapi hasil daripada tatakelola yang tegas dan penguatkuasaan bersih.

“Kalau hasil sudah meningkat kerana kita hentikan ketirisan dan rasuah, kenapa perlu bebankan rakyat dengan cukai tambahan?” soalnya.

Pada masa sama, Anwar turut menjelaskan bahawa dasar fiskal kerajaan kini berlandaskan keseimbangan antara mengurangkan defisit dan hutang negara dengan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

“Kita berjaya turunkan defisit daripada 5.6 peratus kepada 3.8 peratus. Itu satu langkah besar, tetapi saya tidak mahu ia dilakukan secara terburu-buru kerana kalau terlalu drastik, rakyat akan terhimpit,” katanya.

Anwar turut memuji perubahan sikap dalam kalangan warga Perbendaharaan yang kini lebih memahami keperluan untuk menyeimbangkan antara pengurusan fiskal dengan kebajikan rakyat.

“Saya lihat mereka kini bukan sekadar fikir mengenai cukai dan angka, tetapi lebih teliti, berhati-hati dan prihatin terhadap keresahan rakyat. Ini kemajuan besar dalam budaya pentadbiran,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula