PM Anwar tegaskan tidak layak ambil kredit penganjuran misi flotila

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak wajar diberi penghargaan atas penganjuran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), memandangkan inisiatif tersebut sepenuhnya digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

Menurut beliau, misi berkenaan bukanlah hasil gagasan atau ilhamnya, sebaliknya diterajui oleh golongan muda serta aktivis kemanusiaan yang prihatin terhadap penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin.

“Inisiatif (GSF dan FFC x TMTG) bukan inisiatif saya. Saya tak boleh ambil ‘kredit’. Ada sekumpulan anak muda di negara ini mahu menerajui usaha berkenan dan saya kata okey, kita beri sokongan dan bantuan.

“Mereka kemudian meminta saya untuk menyatakan sokongan penuh serta memberi pengiktirafan secara rasmi (bagi usaha berkenaan) dan saya kata, ‘Ya’ kepada mereka.

“Kebetulan pula saya menjadi pemimpin pertama di dunia yang menyatakan sokongan rasmi (kepada gagasan GSF dan FFC x TMTG),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi ‘In Conversation with Prime Minister’ sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dalam masa terdekat bagi membincangkan pelaksanaan gelombang kedua misi Sumud Nusantara, melalui lintasan darat di Rafah.

Katanya, langkah itu selari dengan perkembangan positif gencatan senjata dalam rundingan damai antara Hamas dan Israel yang sedang berlangsung, yang disifatkan sebagai usaha yang melegakan masyarakat dunia.

Beliau turut menghargai peranan pelbagai pihak antarabangsa dalam memelihara keamanan dan kemanusiaan di Gaza.

“Kita harap gencatan senjata ini akan berjaya kerana ia penting untuk kestabilan rantau berkenaan dan kemanusiaan secara keseluruhan. Mereka (pasukan pengantara) kini berada di Sharm el-Sheikh, Mesir untuk membincangkan fasa awal pelaksanaan.

“Saya juga pesan kepada rakan kita dalam Sumud Nusantara Flotilla supaya kali ini kamu tidak perlu lagi pergi melalui laut, (sebaliknya) pergi melalui darat.

“Saya harap dapat hubungi Abdel Fattah beberapa hari lagi untuk mencadangkan kepada beliau supaya membenarkan pasukan kita menghantar bantuan melalui lintasan Rafah,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah