Sarawak terus terajui transformasi wakaf ilmu dan ekonomi Islam secara global

KUCHING – Sarawak terus memainkan langkah penting dalam memperkukuh peranan wakaf ilmu sebagai pemangkin kemajuan masyarakat Islam dan kesejahteraan sejagat, sekaligus menampilkan negeri ini sebagai peneraju inovasi ekonomi berteraskan nilai Islam di peringkat antarabangsa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa konsep wakaf tidak seharusnya terhad kepada aset fizikal semata-mata, sebaliknya perlu diperluas kepada wakaf ilmu bagi membina masyarakat berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.

“Teknologi seperti cip dan semikonduktor adalah contoh inovasi yang memberi manfaat kepada semua masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa. Jika umat Islam dapat membangunkan teknologi seumpama itu melalui semangat wakaf ilmu, ia akan membawa kesejahteraan ekonomi yang besar kepada dunia,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa dan Mesyuarat Tahunan Ke-14 Forum Zakat dan Wakaf Dunia (WZWF) di Kuching, hari ini.

Tambah beliau, setiap negara juga memiliki kekuatan tersendiri yang boleh digabungkan bagi memberi impak positif kepada seluruh umat manusia.

Terdahulu, dalam majlis yang sama, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.92 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini.

Penyerahan simbolik itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, kepada Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, sambil disaksikan oleh Premier Sarawak.

Untuk rekod, Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa dan Mesyuarat Tahunan Ke-14 Forum Zakat dan Wakaf Dunia (WZWF), yang berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.

Menurut kenyataan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebelum ini, forum ini amat signifikan kerana diadakan bersempena ulang tahun ke-70 Majlis Islam Sarawak (MIS) dan merupakan hasil kerjasama strategik antara MIS, TBS dan WZWF.

Dengan tema “New Global Zakat and Waqf Order: Innovative Solutions for Contemporary Challenges and Future Socioeconomic and Digital Development”, forum ini menghimpunkan lebih 400 peserta termasuk 43 pembentang antarabangsa dari pelbagai bidang termasuklah kewangan Islam, transformasi digital, tadbir urus wakaf dan pembangunan komuniti.

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Related Posts

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

ISU gangguan bekalan air di Terengganu bukan lagi masalah terpencil atau bermusim. Ia kini menjadi simbol jelas kelemahan tadbir urus utiliti negeri yang gagal diselesaikan walaupun selepas bertahun-tahun pentadbiran Pas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

KOTA KINABALU – Majikan di Sabah yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pekerja perlu memberikan cuti kepada pekerja pada 1, 2 dan 3 Jun ini susulan pertindihan tarikh sambutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

Krisis air Terengganu: Sampai bila rakyat perlu menanggung kegagalan?

Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

  • By Ynom
  • May 21, 2026
Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

45 peneroka FELDA Jengka 24 terima kotak makanan

45 peneroka FELDA Jengka 24 terima kotak makanan

Sinergi dua agensi kerajaan perkukuh keharmonian komuniti Mukah

Sinergi dua agensi kerajaan perkukuh keharmonian komuniti Mukah

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Villa angkat Piala Liga Europa selepas 30 tahun

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS

Sabah perkemas pendataan digital pekerja asing menerusi SWIMS