RUU antibuli perlu ambil kira perbezaan umur – Azalina

CADANGAN untuk menggubal Rang Undang-undang (RUU) antibuli secara berasingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa sedang diteliti kerajaan, bagi memastikan keberkesanannya berdasarkan perbezaan keperluan dan konteks setiap kumpulan umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu Kertas Kabinet akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mengemukakan cadangan tersebut, termasuk kelebihan dan kekurangannya.

“Banyak pihak bertanya sama ada kita perlu memiliki satu set undang-undang untuk semua atau dibuat secara berasingan mengikut kumpulan umur berbeza.

“Perkara ini akan diputuskan Jemaah Menteri dan saya akan membentangkan kelebihan serta kekurangan cadangan terbabit kepada Kabinet.

“Jika RUU ini menggabungkan semua peringkat usia, ia dikhuatiri menimbulkan perbezaan fluks sangat ketara,” katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, beliau menjadi moderator forum ‘Nation Building and Future Resilience: Youth and Bullying sempena International Young Future Summit’ anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut Azalina, cadangan RUU itu juga akan merangkumi peruntukan untuk mewujudkan Tribunal Antibuli, yang berfungsi memberi laluan alternatif kepada mangsa, terutamanya jika tidak berpuas hati dengan proses pengadilan sedia ada seperti di sekolah atau melalui pihak berkuasa.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mencecah 5.1 juta di lebih 10,000 sekolah seluruh negara menunjukkan perlunya undang-undang yang mengambil kira konteks yang berbeza antara pelajar dan orang dewasa.

Mengenai fungsi tribunal, Azalina menjelaskan ia dijangka dapat mempercepatkan proses siasatan dan penyelesaian kes kerana tidak tertakluk kepada beban kes jenayah lain seperti yang dihadapi oleh pihak polis.

Katanya, kerajaan turut meneliti cadangan menubuhkan platform kuasi-kehakiman yang beroperasi secara tersendiri dengan proses lebih pantas dan bersifat sulit, termasuk menggunakan kaedah mediasi atau penghukuman.

“RUU ini bakal membenarkan komunikasi dibuat secara terus kepada tribunal sekiranya mereka (mangsa atau waris) tidak berpuas hati dengan keputusan pihak sekolah. Secara asasnya, tribunal ini bertujuan mencari penyelesaian.

“Dalam konteks semasa, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas, perkara ini dilihat daripada konteks berbeza sama ada ia masih dianggap sebagai kesalahan jenayah atau tidak. Semua perkara ini akan dinilai Jemaah Menteri,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3