Inkues: Saksi terdengar pelajar junior hambur kata-kata kesat, tuduh Zara mencuri

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-11 hari ini memberitahu mahkamah bahawa beliau ada terdengar seorang pelajar junior mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada malam 15 Julai lepas.

Menurut peguam Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu Zara, saksi itu berkata dia terdengar seorang pelajar junior menuduh Zara mencuri sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Kata Rizwandean lagi, saksi berkata pada malam itu, dia dimaklumkan oleh beberapa pelajar lain bahawa Zara telah dipanggil oleh sekumpulan pelajar senior untuk masuk ke sebuah dorm berhubung kes kecurian kad bank dan pin bendera Malaysia.

“Pada malam itu saksi mengatakan bahawa dia telah pergi ke dorm tersebut untuk meminjam kasut daripada junior.

“Dia kata masa tu sudah lebih kurang pukul 11 malam, sudah lights off dan masa dia pinjam kasut itu ada dua orang pelajar junior di koridor depan satu dorm lagi.

“Dan dia terdengar seorang pelajar junior mengatakan ‘mencuri lagi kau, puk*** anjing’,” katanya dalam sidang media selepas prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, pada Isnin.

Katanya, saksi itu memberitahu bahawa dia mendengar dengan jelas kata-kata tersebut yang diucapkan oleh pelajar junior berkenaan dengan nada suara marah.

Prosiding kini memasuki hari ke-21 yang dihadiri oleh pasukan-pasukan peguam yang dibenarkan Mahkamah Koroner sebagai pihak berkepentingan bagi mewakili anak guam masing-masing termasuk ibu dan bapa Zara Qairina.

Dalam pada itu, petugas media kekal tidak dibenarkan membuat liputan media sepanjang saksi kanak-kanak memberi keterangan di mahkamah tersebut.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP