PMX tekad banteras ketirisan hasil negara

PARIT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hasratnya untuk menghentikan ketirisan hasil negara dengan membanteras habis-habisan kegiatan penyeludupan, rasuah dan jenayah ekonomi yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, kejayaan Kerajaan MADANI memperoleh RM15.5 bilion hasil rampasan dan kutipan penalti bagi tempoh 2024 dan 2025 membuktikan tahap penguatkuasaan kini jauh lebih tegas dan berkesan berbanding sebelum ini.

“Semalam dalam ucapan Belanjawan 2026 saya sebut, dalam tempoh dua tahun kita berjaya merampas wang yang dicuri dan diseludup berjumlah RM15.5 bilion.

“Maknanya, berapa lama rompakan dan kerja sauk ini berlaku? Dua tahun.

“Sebab itu saya tegas, semua agensi penguatkuasaan mesti tiada kompromi terhadap rasuah, penyeludupan, sindiket dan kartel,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Anwar Bersama Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Presiden UTP, Ir. Mohamed Firouz Asnan.

Anwar turut mengarahkan pihak berkuasa supaya memperhebat operasi menumpaskan sindiket serta kartel yang menyeleweng hasil negara.

“Dengan mandat sebagai Perdana Menteri, saya bersama rakan-rakan menteri akan pastikan negara ini menjadi lebih baik berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Menurut beliau, pencapaian penguatkuasaan itu menunjukkan betapa selama ini hasil negara telah lama bocor akibat perbuatan pemimpin dan pegawai yang tidak berintegriti.

“Saya tidak kata tiada penguatkuasaan sebelum ini, tetapi tahap yang dilakukan sekarang tidak pernah dicapai dahulu.

“Jadi dengan berbaki beberapa tahun sahaja lagi, insya-Allah saya mahu membersihkan kacau-bilau ini.

“Kalau ada kritikan sekalipun, ia tidak akan mengganggu saya kerana ini tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat, Anwar memaklumkan hasil rampasan dan kutipan penalti berjumlah RM15.5 bilion itu adalah hasil kerjasama erat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan terbaharu polis menumpaskan sindiket haram terancang di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang, yang disifatkannya sebagai bukti kesungguhan kerajaan mengekang ketirisan hasil negara.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar