Kementerian Komunikasi perkasa ekosistem komunikasi dan industri kreatif

KEMENTERIAN Komunikasi komited memperkukuh ekosistem komunikasi negara serta memantapkan kesalinghubungan digital rakyat, selaras dengan fokus Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan pihaknya menerima peruntukan keseluruhan hampir RM2.56 bilion daripada belanjawan kerajaan untuk tahun depan bagi memastikan rakyat menikmati infrastruktur komunikasi yang lebih baik, di samping memperkukuh nilai kenegaraan serta memperkasakan ekonomi jingga.

“Kementerian Komunikasi komited memperkasakan ekosistem dan kesalinghubungan komunikasi, susulan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peruntukan ini akan memastikan rakyat menikmati infrastruktur komunikasi yang lebih baik, mengukuhkan nilai kenegaraan termasuk memperkasakan ekonomi jingga,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan bagi pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) dengan nilai RM770 juta, manakala RM110 juta disediakan dalam bentuk insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa untuk menggalakkan penghasilan karya berkualiti tinggi di Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, RM10 juta dikhususkan bagi penerbitan kandungan berunsur kenegaraan.

Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi menggalakkan penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sebagai usaha memperkukuh sektor hiburan dan pelancongan negara.

Dalam usaha memperluas jaringan infrastruktur telekomunikasi, memperkasa usahawan desa serta meningkatkan kesiapsiagaan bencana, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM3.99 bilion bagi pelbagai inisiatif utama.

Peruntukan itu antaranya digunakan bagi pembangunan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) yang membabitkan laluan dasar laut dari Sedili, Johor ke Kuching dan Sibu di Sarawak, sebelum bersambung ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Selain itu, pelaksanaan Jalinan Digital Negara Fasa 2 (Jendela 2) turut diperkasa dengan peluasan ke 2,700 lokasi baharu di seluruh negara, dengan nilai RM780 juta.

Sebanyak RM650 juta pula diperuntukkan bagi meningkatkan ketersambungan Internet di hospital awam, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti serta klinik desa, manakala RM350 juta disalurkan bagi memperkukuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang berperanan membantu usahawan desa meningkatkan pendapatan.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan bencana dan krisis, RM210 juta diperuntukkan untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS) yang berupaya mengurangkan risiko terhadap nyawa serta harta benda.

Pada masa sama, MCMC akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion serta menubuhkan AI Transformation Centre dengan kerjasama Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Centre of Excellence in Ethics for Emerging Technologies sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang peka budaya serta beretika.

“Kementerian Komunikasi yakin Belanjawan 2026 dapat meningkatkan lagi keterhubungan komunikasi, literasi digital serta mencambah hasil industri kreatif yang berkualiti,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman