Belanjawan 2026 harus selaras agenda RMK13, penentu hala tuju pemerkasaan pendidikan negara

PUTRAJAYA – Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan hari ini perlu menjadi pemangkin utama kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dan bukan sekadar bajet tahunan yang bergerak sendiri tanpa hala tuju strategik dan pragmatik.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kedudukan Belanjawan 2026 sebagai bajet pertama dalam pelaksanaan RMK13 menjadikannya sangat penting bagi memastikan segala strategi dan perancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang benar-benar dapat direalisasikan secara holistik.

Menurut beliau, dasar itu menjadi penentu sama ada memiliki kemampuan menjadi hala tuju terhadap agenda pembangunan pendidikan negara dalam tempoh lima tahun akan datang atau sekadar memenuhi keperluan jangka pendek tanpa menyokong perancangan jangka panjang yang telah dirangka.

“Kita ingin melihat agar Belanjawan 2026 menjawab kepada apa yang terkandung di dalam RMK13 dan bukanlah bajet itu nanti berdiri sendiri tanpa diikat ataupun disekalikan ataupun menjadi alat untuk mencapai apa yang telah ditetapkan di dalam rancangan Malaysia.

“Sebab dalam amalan-amalan sebelum ini apabila sesuatu Rancangan Malaysia itu ditetapkan, biasanya perbincangan masyarakat lebih menjurus kepada bajet untuk tahun depan tanpa melihat rancangan Malaysia itu sebagai panduan yang lebih besar dan mengukur sejauh mana bajet yang disediakan pada setiap tahun itu menjawab kepada usaha kita untuk mencapai rancangan Malaysia yang telah ditetapkan dalam tempoh setiap lima tahun 

“Jadi kita harapkan Belanjawan 2026 nanti akan memberi kita satu pencerahan, jawapan ke arah mana ia akan ditetapkan sama ada ia akan menjawab kepada keperluan untuk mencapai RMK13 ataupun sebenarnya bajet 2026 ini hanya sekadar untuk memenuhi apakah keperluan-keperluan pengurusan dan juga cadangan-cadangan untuk tahun 2026 saja,” katanya menerusi hantaran video kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, usaha meningkatkan mobiliti sosial masyarakat melalui pendidikan dengan menetapkan lapan strategi utama menerusi RMK13 perlu dicapai menerusi Belanjawan 2026, khususnya dalam memperkasa tadbir urus, merasionalisasi peranan institusi pendidikan serta mempertingkatkan keberhasilan pendidikan.

Beliau berpandangan, kerajaan perlu memastikan wujud keselarasan penyampaian dasar dari peringkat pusat sehingga ke bilik darjah, selain penyelarasan bersama  Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi yang terlibat dengan operasi prasekolah agar pelaksanaan polisi tidak bergerak secara silo dan dapat meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhan.

“Pelbagai institusi sedia ada perlu dikaji serta diperkemas agar fungsi dan peranannya benar-benar memberi impak dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Contohnya Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK). Mungkin mereka telah melaksanakan tugasan mereka di dalam menasihati kementerian tetapi di kalangan masyarakat seolah-olah masyarakat tidak nampak apa fungsinya. 

“Apabila pendidikan awal kanak-kanak berumur 5 tahun akan diwajibkan, kita memerlukan lebih banyak prasekolah, guru terlatih serta bantuan kewangan untuk keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan mempertingkatkan penguassaan bahasa Inggeris serta pelaksanaan kurikulum baharu yang akan memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, sosio emosi anak-anak, kemahiran asas 3M, literasi digital, kecerdasan buatan (AI) selain pendedahan kepada pendidikan keusahawanan, kewangan serta kelestarian seperti digariskan dalam RMK13.

“Jadi adakah peruntukan di dalam Belanjawan 2026 nanti akan disalurkan untuk menyediakan guru-guru dilatih di dalam bidang-bidang berkaitan. Ini harus dilihat hasilnya dalam tempoh lima tahun akan datang yang memerlukan peruntukan besar serta perancangan rapi. Seharusnya Belanjawan 2026 akan disediakan bajet berkaitan pembangunan kurikulum baru itu atau peruntukan disediakan bagi melaksanakan kurikulum yang berkaitan dengan hal-hal yang telah disebut dalam RMK13,” katanya.

Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) turut menyentuh tentang keperluan meneliti semula struktur waktu persekolahan serta fungsi sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh, MRSM serta Pusat Permata@Pintar Negara bagi memastikan potensi pelajar cemerlang dapat digilap secara optimum.

“RMK13 telah dibentangkan dan Belanjawan 2026 ini akan menjadi bajet pertama untuk menjayakan RMK13 sehingga tahun 2030. Jadi, tentu saja Belanjawan 2026 sangat penting kerana ia menjadi asas kepada perlaksanaan dan juga usaha kita untuk mencapai apa yang telah diaturkan ataupun apa yang telah dirancangkan untuk rancangan Malaysia,” katanya.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa