UMNO bukan seperti Bersatu, sanggup gadai prinsip demi tampuk kuasa

KUALA LUMPUR – UMNO bukanlah sebuah parti yang menyorokkan kepala dan sanggup menjual prinsip, seperti yang diamalkan oleh Perikatan Nasional (PN) ketika mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang tidak ubah seperti parti kura-kura, sanggup menanam kebencian, menyuntik kejelekan dan mewujudkan kecurigaan sehingga boleh memecahbelahkan masyarakat yang hidup berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, permainan pembangkang, khususnya Bersatu dan Pas tidak berhenti dalam memainkan naratif Melayu dan Islam terancam di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan adalah melampau dan tidak bertamadun.

“Bersatu pernah berada dalam kerajaan. Jangan kita lupa, merekalah antara orang yang bertanggungjawab mengancam
kedudukan Melayu. Usaha untuk menerima pakai ICERD, dibawa
oleh salah seorang pimpinan mereka yang menjadi menteri ketika itu.

“Malah, Perdana Menterinya juga dari Bersatu. Kita tidak akan lupa
walaupun dia kata Melayu mudah lupa. Jika bukan kita sebagai pemelihara keindukan Melayu bangkit menentang. nescaya konvensyen tersebut telah ditandatangani.

“Pas yang bertopengkan agama, ketika menjadi kerajaan, apa agenda Islam yang mereka bawa? RUU 355 senyap sepi seribu bahasa. Hudud bukan lagi agenda utama. Negara Islam pula entah ke mana,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ahmad Zahid mengharapkan agar rakyat sedar bahawa sentimen dan emosi dimainkan pembangkang bukannya bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, namun hanyalah sandiwara politik yang mengkhayalkan.

“(Sehinggakan) ada yang meroyan dan
mempersoal kenapa tak dilantik menjadi Perdana Menteri semula. Hingga Paduka Tuanku sanggup dipersenda, mengundang murka pihak istana.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu. Janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar