Kerajaan hargai pengorbanan 23 sukarelawan GSF, sumbang telefon bimbit baharu

KERAJAAN menzahirkan penghargaan kepada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dengan menyumbangkan telefon bimbit baharu kepada mereka.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemberian tersebut adalah tanda terima kasih kerajaan kepada para sukarelawan yang telah membawa nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan mereka dalam misi kemanusiaan berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan itu bukan sekadar bantuan peralatan, tetapi simbol penghargaan terhadap keberanian, ketabahan dan semangat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh sukarelawan sepanjang misi berlangsung.

“Sumbangan ini diharap dapat memudahkan urusan komunikasi dan peribadi mereka selepas pulang ke tanah air, serta membantu para sukarelawan berkongsi pengalaman dan maklumat misi melalui saluran digital dengan lebih berkesan,” katanya.

Menurut Fahmi, usaha dan semangat para sukarelawan yang berdepan pelbagai cabaran ketika berlayar ke Gaza amat dihargai kerajaan.

Ketibaan kumpulan sukarelawan itu di tanah air turut disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli keluarga masing-masing.

Penerbangan Emirates EK342 yang membawa 27 sukarelawan Malaysia, termasuk empat peserta kapal pemerhati dan lima peguam, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.07 malam, Selasa lalu.

Terdahulu, pada 2 Oktober, rejim Israel telah memintas konvoi 42 kapal misi kemanusiaan GSF yang dalam perjalanan ke Gaza dan menahan 495 aktivis, termasuk 23 rakyat Malaysia. Kesemua mereka dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan menggantikan telefon bimbit milik sukarelawan yang terpaksa dibuang ke laut mengikut prosedur operasi standard (SOP) keselamatan misi sebelum pelayaran.

Langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kapal ditahan oleh tentera Israel. Setiap delegasi misi telah menerima taklimat dan menjalani latihan praktikal sebelum berlepas bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin sepanjang pelayaran.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula