Koordinasi diplomatik PMX, Wisma Putra bawa pulang 23 sukarelawan dengan selamat

USAHA diplomatik yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Wisma Putra membuahkan hasil apabila 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza akhirnya dibebaskan dan pulang ke tanah air dengan selamat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat kerajaan Malaysia dengan rakan strategik serantau seperti Turkiye, Mesir dan Jordan yang memainkan peranan penting dalam menyelaras urusan pelepasan serta pemindahan sukarelawan ke Istanbul.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga sahabat-sahabat kita kembali dengan selamat malam ini,” katanya pada sidang media khas di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Selasa.

Mohamad menjelaskan, misi berkenaan semata-mata bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, namun kapal mereka dipintas dan ditahan oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.

“Mereka tidak menuju ke Israel; mereka menuju ke Gaza tetapi dipintas dan dibawa ke Israel sebelum urusan pelepasan diselesaikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penganjur GSF merancang untuk meneruskan misi bantuan ke Gaza melalui gelombang kedua dan ketiga, namun menegaskan aspek keselamatan perlu menjadi keutamaan.

Ketibaan kumpulan sukarelawan malam tadi disambut penuh emosi dengan bacaan doa kesyukuran diketuai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Fauwaz Fadzil.

Lebih 500 ahli keluarga, rakan dan penyokong hadir di KLIA bagi menyambut mereka.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel; wakil Kedutaan Palestin; serta Ketua Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merangkap Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery.

Antara sukarelawan yang tiba malam tadi ialah Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah, Nurfarahin Romli (Farah Lee), Danish Nazran Murad, Zizi Kirana, Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin, Rusydi Ramli dan Razali Awang.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan