PRK Sg Bakap: Antara kempen fitnah maki hamun dan penerangan isu

HANYA tinggal dua hari, sudah pastinya pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah mula menilai bagi memilih calon daripada parti mana yang mewakili serta menguruskan pentadbiran di kawasan tersebut secara holistik.

Dalam usaha mendapat undi, calon dari parti-parti politik yang bertanding akan berkempen bagi memenangi hati rakyat dengan membuat pelbagai tawaran yang boleh memberi kelebihan kepada mereka.

Bagaimanapun, isu yang tidak berkait dengan keperluan dan masalah rakyat dilihat masih menjadi keutamaan pada kempen PRK DUN Sungai Bakap oleh pembangkang, bermodalkan fitnah dan maki hamun ketika berkempen.

Permainan maki hamun, fitnah dan provokasi sering digunakan oleh penceramah di pentas pembangkang hingga seolah-olah tiada modal lain yang boleh digunakan.

Walaupun pelbagai isu dan tuduhan telah dijawab oleh pihak kerajaan pada persidangan Parlimen, namun pembangkang masih mengulang-ulang isu yang sama seolah-olah penjelasan kerajaan masuk telinga kiri keluar kanan.

Malah, tempias itu turut diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan hampir setiap malam pihak lawan mencerca dan memfitnahnya dalam kempen mereka di PRK Sungai Bakap, walaupun Pengerusi PH itu telah menegaskan ketiadaannya adalah disebabkan mahu memberi tumpuan kepada urusan negara dan rakyat.

Tidak tamat di situ, Anwar kelmarin ketika persidangan Parlimen juga diserang dengan fitnah lapuk apabila pembangkang mencipta semula naratif bahawa Kerajaan Perpaduan mempunyai hubung kait Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keputusan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun lalu.

Anehnya, segala fitnah dan maki hamun yang dilemparkan dalam ceramah kempen parti pembangkang disambut dengan meriah oleh penyokong parti yang hadir seolah-olah ianya satu kenyataan.

Bagaimanapun, kempen pihak Kerajaan Perpaduan agak berbeza apabila mereka tidak pernah melatah dan tetap konsisten membawa agenda perpaduan melalui Malaysia Madani, meskipun berdepan dengan prasangka isu perkauman berikutan dimainkan secara berleluasa oleh pembangkang.

Jika diamati, pemimpin seperti Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang menerangkan isu air secara terperinci dengan menayangkan gambar ketika berceramah dilihat matang dan
berfikiran di luar kotak dalam menyampaikan isu kepada orang ramai.

Tindakan itu membuatkan pelbagai pihak terpegun dan mengharapkan agar setiap ahli politik mengetengahkan konsep yang dimainkan Akmal disebabkan cara itu mudah dihadam oleh masyarakat setempat.

Namun, adakah penerangan dan penjelasan mengenai isu nasional dan setempat dalam kempen Kerajaan Perpaduan dapat diterima oleh pengundi, hanya dapat dipastikan oleh kertas undi pada Sabtu ini.

Sehubungan itu, semoga pengundi di DUN Sungai Bakap dapat menilai dengan sebaiknya pemimpin mana yang layak dijadikan wakil rakyat mereka bagi memastikan segala pembangunan serta suara rakyat dapat didengari dengan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahupun Kerajaan Persekutuan.

Adakah pengundi rela memilih pemimpin yang lebih gemar menggunakan fitnah dan maki hamun untuk menegur sesuatu isu mahupun memberi pelbagai alasan untuk tidak menyampaikan bantuan kepada rakyat, ataupun wakil rakyat yang berpendidikan tinggi di samping berakhlak dan adil dalam menjaga kebajikan masyarakat, tanpa mengira parti politik. Keputusan di tangan anda.

Pada masa sama, pemimpin parti politik perlu menjaga mulut dan mengawal tingkah laku mereka supaya bukan sahaja tidak memberikan contoh buruk kepada penyokong, bahkan mengelak daripada membakar sentimen serta emosi pengikut kerana ibarat kata pepatah ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari.’

Semoga lidah yang petah bercakap tidak menjadi asbab dimurkai Allah, sebaliknya kita mengharap agar lidah menjadi ‘kolah pahala’ di sisi Allah. Insya-Allah.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran