Tolak politik kebencian, itu mesej PMX kepada pengundi Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap harus menolak politik kebencian, seperti mesej yang telah disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pengundi Sungai Bakap seharusnya memberi peluang kepada calon Perpaduan, Dr Joohari Ariffin yang selari dengan Kerajaan Pusat serta Negeri.

“Tolak politik kebencian, itu mesej Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat pengundi Sungai Bakap. Saya agak terkilan dengan pemimpin pembangkang yang menggunakan kempen terbabit untuk menghina Perdana Menteri.

“Beliau (Perdana Menteri) dicela dengan perkataan yang kita sendiri tidak sanggup dengar, maka saya fikir mesej ini jelas buat pengundi untuk mereka menolak politik berbaur kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Anwar turut memberikan ruang dan peluang menerusi forum yang berlangsung pada setiap Selasa bagi menjawab sebarang persoalan yang dilontarkan pembangkang di dalam Parlimen.

“Justeru, tidak perlu (pembangkang) guna kenyataan media, media sosial dan sebagainya walhal ada forum yang disediakan untuk mengutarakan pelbagai isu,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Cikgu Joohari dan bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0