23 sukarelawan Malaysia misi GSF selamat tiba di tanahair

SEMUA 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Mereka yang dibebaskan selepas ditahan tentera Israel tiba dengan pesawat Emirates EK342 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekitar jam 10.07 malam dengan disambut lebih 300 penyokong yag memenuhi balai ketibaan di Terminal 1.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, turut hadir di Balai Ketibaan untuk menyambut ketibaan kumpulan sukarelawan berkenaan.

Mohamad dijangka mengadakan sidang media bersama sukarelawan terbabit sebaik saja mereka selesai melalui proses ketibaan, termasuk pemeriksaan imigresen, sekitar jam 11 malam ini.

Sejak jam 8 malam, suasana di lokasi gamat dengan laungan ‘Free Palestine’, ‘Hidup Gaza’, ‘Hancur Israel’ serta takbir, selain nyanyian lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’ dengan diiringi kibaran bendera Malaysia dan Palestin.

Selain penyokong dan ahli keluarga, lebih 50 pengamal media turut berada di lokasi bagi membuat liputan kepulangan sukarelawan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi berikutan kehadiran ramai orang awam, sekali gus memastikan proses ketibaan kumpulan sukarelawan terbabit berjalan lancar.

“Lebih 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan di kawasan Balai Ketibaan untuk tujuan itu,” katanya.

Misi GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara yang belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, selain membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, susu dan ubat-ubatan kepada penduduk di wilayah itu.

Misi kemanusiaan itu disertai Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah; Nurfarahin Romli (Farah Lee), Danish Nazran Murad, Zizi Kirana, Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana), PU Rahmat, Musa Nuwayri, Iylia Balqis Suhaimi, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin serta Rusydi Ramli.

Selain itu, Razali Awang, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak, Zainal Rashid Ahmad, Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kecik, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Luqman Zulkefli serta Dr Taufiq Mohd Razif.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan