Pemuda UMNO tetap turun padang walau tidak dicalon PRK DUN Mahkota

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan tetap bekerja biarpun tidak dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada September depan.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan mengenai sayap mana yang akan diberikan peluang untuk meletakkan calon.

“Apa sekalipun kita akan akur pada pimpinan parti. Pemuda kita ada calon kita, Wanita ada calon mereka, semua ada calon masing, tidak salah.

“Sudah pasti nanti calon UMNO adalah calon yang terbaik dan kita akan pastikan calon itu calon terbaik,” katanya dalam selepas penggulungan Perhimpunan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Dr Akmal berkata demikian mengulas mengenai pertindihan usul daripada Wanita UMNO yang turut menuntut kerusi berkenaan pada penggulungan Perhimpunan Wanita UMNO, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Akmal menjelaskan, calon yang ingin diketengahkan oleh sayap Pemuda itu adalah calon terbaik bagi mewakili BN di DUN Mahkota.

“Saya jarang mengusulkan calon tetapi kalau kita usulkan calon itu memang kita rasakan calon yang paling baik untuk rakyat di kawasan berkenaan seperti apa yang kita menang di PRK DUN Nenggiri.

“Kalau kita lihat di Nenggiri, kita datang tempat yang kalah tapi masa itu kekuatan calon kita mengatasi segala-galanya.

“Apabila kita bagitahu pada mereka, Azmawi ini sudah lama berkhidmat jadi sudah tentu ini formula Pemuda UMNO dan di DUN Mahkota Pemuda UMNO mencalonkan calon yang kita rasakan sangat baik tetapi itu tidak menjadikan kita calon kita tidak dipilih kita tidak mahu bekerja,” katanya.

Pemuda UMNO petang tadi mengusulkan nama Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon mereka bagi PRK DUN Mahkota.

Sabtu lalu, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang pada PRK DUN Nenggiri.

Mohd Azmawi Fikri mendapat 9,091 undi dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail (5,739 undi).

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang